Cari Blog Ini

Kereta Yang Dipercayai Milik Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan Dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Ditemui Terbakar



Kereta dipercayai milik Kevin Anthony Morais ditemui terbakar

[tmt]- Kereta yang dipercayai milik Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais ditemui dalam ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak di sini Sabtu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya menemui kereta itu kira-kira pukul 10 pagi.

“Kereta itu terletak kira-kira tiga kilometer dari jalan raya, Namun jenis kereta itu belum dapat disahkan modelnya disebabkan keadaannya yang terbakar seratus peratus.

“Model kereta itu nampak seperti Proton Perdana atau Honda Accord,” katanya kepada pemberita di Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat di Jeti Hutan Melintang di sini Ahad.

Beliau berkata pihaknya masih menunggu laporan pakar untuk mengesahkan model kereta berkenaan, Namun tiada mangsa ditemui dalam kereta berkenaan, tambahnya.

Kevin dilaporkan hilang dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

Beliau dilapor memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.


Kereta terbakar: Nombor enjin sudah dipadam
 Zainuddin Ahmad
Kereta terbakar: Nombor enjin sudah dipadam

[sinar]- Penemuan sebuah kereta Proton Perdana yang ditemui rentung terbakar pagi tadi dikawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak, Hilir Perak menyukarkan siasatan polis kerana nombor casis dan nombor enjinnya telah dipadamkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, setakat ini belum ada sebarang perkembangan positif berhubung penemuan kereta berkenaan.

“Kereta yang dijumpai di Hutan Melintang itu tidak ada nombor casis dan nombor enjin untuk dikenal pasti.

“Dua nombor berkenaan telah dikikis,” katanya.

Ditanya mengenai kerjasama dengan polis Perak, Zainuddin berkata, polis Kuala Lumpur juga telah memaklum kepada semua negeri berhubung kejadian itu.

Polis hari ini menerima laporan mengenai kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, 50-an sejak Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R.Munusamy berkata, laporan dibuat oleh abangnya Datuk Richard Morais pada jam 7 malam tadi di Balai Polis Jinjang.

Berita kehilangan Kevin juga menjadi viral di media sosial selepas beberapa ahli keluarganya merayu orang ramai membantu menyalurkan maklumat untuk mengesannya.

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/09/car-burnt2.jpg


           Polis: Timbalan Pendakwa Raya dilapor hilang

Pihak polis telah menerima laporan mengenai kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Pejabat Peguam Negara, Anthony Kelvin Morais, 50-an sejak Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R.Munusamy berkata, laporan dibuat oleh abangnya Datuk Richard Morais pada jam 7 malam tadi di Balai Polis Jinjang.

"Buat masa sekarang, saya hanya boleh mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes terbabit.

Jika ada apa-apa perkembangan, pihak kami akan memberitahu (pemberita) kelak," katanya kepada Bernama hari ini.
   
Sementara itu Richard enggan mengulas mengenai kehilangan adiknya.

"Saya tak nak komen apa-apa, kita serahkan semuanya kepada polis untuk membuat siasatan," katanya.

Dilaporkan bahawa kali terakhir bekas timbalan pendakwa raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dilihat ialah semasa meninggalkan kediamannya di Menara Duta di sini pada jam 9 pagi pada Jumaat untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu sendiri kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan numbor pendaftaran WA6264Q.  

- Bernama

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Malaysia masih aman kata mat maslan.bengong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.