Cari Blog Ini

Kerana Ucapan “Tangkap Najib, Tangkap Rosmah” Dan Memakai Baju BERSIH4 Rafizi Disiasat Polis


Siasatan Polis Kerana Ucapan “Tangkap Najib, Tangkap Rosmah” Dan Memakai Baju BERSIH4
Saya baru selesai memberikan kenyataan kepada pegawai penyiasat dari IPD Dang Wangi yang mengambil keterangan saya dalam dua kertas siasatan berikut :

1. Kes di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkenaan ucapan yang dibuat semasa Perhimpunan BERSIH4

2. Kes di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan kerana dituduh memakai baju BERSIH4 yang diharamkan.

Saya berasa lucu kerana soalan-soalan yang ditanya berhubung siasatan di bawah Seksyen 505(b) adalah bersabit laungan “Tangkap Najib, Tangkap Rosmah”.

Saya ditanya sama ada saya ada memimpin laungan itu dan berapa kali saya melaungkan “Tangkap Najib, Tangkap Rosmah”.

Saya tidak ditanya langsung mengenai kandungan lain ucapan saya kecuali laungan “Tangkap Najib, Tangkap Rosmah”.

Jika Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur mengambil sedikit masa meneliti komen-komen yang dibuat oleh rakyat biasa terhadap mereka, kritikan dari rakyat adalah lebih teruk dari “Tangkap Najib, Tangkap Rosmah”.

Jika Perdana Menteri benar-benar mengambil kira kebajikan rakyat, beliau sudah tentu tahu beliau telah sampai tahap dibenci oleh rakyat.

Oleh itu, adalah menjadi pembaziran masa polis yang ketara apabila polis diarahkan menyiasat perkara-perkara yang telah menjadi sentiment rakyat seperti laungan “Tangkap Najib, Tangkap Rosmah”.

Jika saya disiasat kerana laungan itu, maknanya pihak polis terpaksa menyiasat berjuta-juta rakyat Malaysia yang memberikan komen lebih kasar dari itu.

Saya menyeru supaya kepimpinan polis berhenti dari mengarahkan pegawai-pegawai bawahan yang sepatutnya diberikan ruang memerangi jenayah, bukannya menyiasat kata-kata orang ramai yang menyinggung Perdana Menteri dan isteri beliau.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.