Cari Blog Ini

Kehadiran Pemimpin Pas Di Ibu Pejabat PKR, Mungkin Terjawab Teka Teki Mengenai PR 2.0


Pas, PKR mungkin bincang PR2.0
Pas, PKR mungkin bincang PR2.0
[sinar]- Kehadiran pemimpin Pas seperti Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Pilihan raya Pas, Datuk Mustafa Ali ke Ibu Pejabat PKR hari ini mungkin menjawab teka teki mengenai perbincangan PR2.0.

Sekitar Jam 3.15 petang, Tuan Ibrahim hadir bersama-sama Takiyuddin dan Mustafa tiba di Ibu Pejabat PKR.

Pelbagai soalan diajukan kepada Tuan Ibrahim namun beliau berkata "kita tunggu selepas mesyuarat selesai," katanya.

Antara wakil PKR yang hadir pada pertemuan tersebut adalah Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung, Rafizi Ramli dan Pengarah Pilihan Raya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Semalam, Rafizi Ramli memaklumkan bahawa, PKR akan mengadakan pertemuan dengan Pas bagi membincangkan mengenai PR 2.0 yang bakal dibentuk.

Rafizi turut berkata, pihaknya juga akan mengadakan beberapa siri perbincangan dengan parti pembangkang seperti DAP dan Parti Pekerja Malaysia.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.