Cari Blog Ini

Isu Baiah : MP Pokok Sena Belasah Ulama Dalam PAS !


 'Urus isu baiah dengan hikmah, bukan bebal' [gambar fail]
[mk]- MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata membincangkan isu baiah talak tiga secara terbuka tidak akan membantu menambah kekuatan kepada PAS, sebaliknya hanya mencalarkan imej parti Islam itu.

Menurutnya lagi, tindakan itu menunjukkan PAS menafikan terhadap penafian yang dibuat sebelum ini berhubung kewujudan baiah itu, dengan mempamerkan pelbagai bukti yang menjadi rahsia dalaman PAS selama ini.

Mahfuz Omar
Katanya, beliau khuatir perbincangan terbuka juga membentuk pelbagai persepsi masyarakat terhadap PAS sebagai parti hipokrit, menggunakan agama dan mencagarkan wanita atau isteri untuk kepentingan politik.

"Hari ini sudah ada kumpulan kumpulan NGO dan tokoh wanita mengkritik PAS dengan isu bai'ah dan ini boleh menghakis keyakinan masyarakat wanita terhadap PAS serta tidak baik dari segi masa depan politik PAS yang memerlukan sokongan pengundi wanita dalam pilihan raya.

"Saya mengharapkan saranan timbalan presiden PAS perlu dipertimbang sebaiknya oleh pimpinan dan ahli PAS.

Uruslah isu ini dengan hikmah bukannya dengan perasaan bebal," katanya dalam satu kenyataan.

Mahfuz mengulas kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggesa semua pihak termasuk dalam PAS supaya menghentikan polemik isu baiah talak tiga demi menghormati dan menjaga hati serta perasaan orang yang terlibat.

Isu baiah talak tiga kembali panas selepas dakwaan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob bahawa MP Kuala Krai, Dr Hatta Ramli kini secara automatik bercerai talak tiga dengan isterinya.

Ini kerana meninggalkan PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH), Dr Hatta kemudian menafikannya.

Baiah itu melibatkan semua wakil rakyat PAS di Kelantan termasuk Dr Hatta, perlu bertaklik dengan melafazkan cerai talak tiga terhadap isteri masing-masing.

Hal demikian mengundang pelbagai pandangan termasuk menggesa mereka merujuk kepada mahkamah syariah.

Isu tersebut turut mengundang reaksi anak Dr Hatta - Atikah- meminta semua pihak tidak menjadi "pemutus kata dan pengatur" hidup mereka sekeluarga, sebaliknya memberi fokus kepada isu negara serta rakyat yang lebih besar,

Mengulas lanjut, beliau menyeru kepada Dr Hatta supaya bersabar berdepan ujian, cabaran perjuangan dan terus istiqamah dengan Islam.

"Kepada isteri dan anak menantu Dr Hatta tabahlah menghadapi cabaran kehidupan.

Janji Allah tetap benar, selepas kesedihan akan ada kegembiraan dan selepas kepayahan akan ada kemudahan.

"Islam agama yang tidak memberatkan umatnya. Pasti ada jalan keluar dari kekusutan ini seperti yang disarankan mufti Pulau Pinang," katanya.


                       Baiah senjata memakan PAS

[mk]- Tindakan PAS menjadikan ‘talak’ sebahagian daripada kandungan baiah untuk menjadi calon pilihan raya parti itu kini menjadi senjata memakan diri.

Malah, Datuk Dr Ramlah Adam juga berpendapat tindakan tersebut memperlihatkan isteri pemimpin PAS ibarat barang mainan yang boleh ditukar ganti, selain direndahkan martabat mereka.

“Saya sedih bagi pihak mereka (isteri wakil rakyat PAS), Mereka seperti barang, seolah-olah dijadikan alat politik.

“Saya kasihan pada isteri wakil rakyat PAS, Mereka ini jadi barang permainan, menjadi tukar ganti.

Seolah-olah tidak ada harga diri, tidak ada perasaan dan tidak boleh membuat keputusan sendiri serta perkara ini paling merendahkan martabat wanita,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Isu baiah timbul selepas sekumpulan bekas pemimpin kanan PAS mengumumkan menyertai kumpulan baru melalui Parti Amanah Nasional (AMANAH).

Ia bercanggah dengan baiah (sumpah) diucapkan calon PAS di negeri tertentu sebelum menyertai pilihan raya iaitu akan jatuh talak ke atas isteri masing-masing jika meninggalkan parti berkenaan.

Disesetengah negeri ia melibatkan lafaz cerai talak tiga, seperti kes didakwa melibatkan Ahli Parlimen Kuala Krai, Kelantan, Dr Hatta Ramli.

Pertikaian semakin panas selepas Menteri Besar Kelantan - juga Timbalan Mursyidul Am PAS - Datuk Ahmad Yaakob yang mengesahkan pernikahan Dr Hatta secara automatik terbubar.

Jika percaya, terpulanglah

Mengulas lanjut, Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia di Universiti Malaysia Perlis itu berkata, keadaan menjadi lebih malang apabila si isteri tidak mempunyai kuasa untuk menghalang suami mereka daripada berbaiah.

“Saya percaya mereka tidak terlibat dalam baiah itu, tetapi baiah ditandatangani dan menjadi dokumen rasmi.

Kalau dibawa ke mahkamah pun ia akan diterima.

“Isteri tidak tahu apa-apa dan kalau mereka tahu sekali pun mereka tidak ada kuasa sebab yang buat keputusan adalah parti dan juga suami dia,” jelas Ramlah.

Bagaimanapun, menurut Ramlah, isteri wakil rakyat PAS boleh merujuk perkara tersebut ke mahkamah bagi mendapatkan kepastian berhubung status mereka.

Namun, ujar Ramlah terpulanglah kepada mereka jika merasakan sebaliknya.

“Kalau mereka akur dan percaya ia betul, kita tidak boleh berbuat apa.

Terpulanglah," katanya.

Ramlah juga berpendapat sebagai parti yang mendakwa memperjuangkan Islam PAS tidak sewajarnya berbuat demikian kerana tindakan mengenakan sumpah baiah beserta talak mempersendakan agama.

“Parti ini menggunakan Islam sebagai satu permainan politik.

“Itulah padahnya jika kita mempermainkan agama, Seeloknya politik tidak dicampur adukan dengan agama,” kata Ramlah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.