Cari Blog Ini

Hina Polis : Lelaki Hina Mendiang Margaret Ditahan



[hmetro]- Polis Johor tahan lelaki selepas didapati memuatnaik status di laman sosial yang menghina pegawai polis wanita yang meninggal di hospital selepas dirempuh mat rempit dalam satu operasi di Kluang.

Lelaki berkenaan dikesan menghina mendiang Inspektor Margaret Tagum Goen dan ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, Johor, malam tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitter, 10.50 malam tadi.

Status Khalid berbunyi `Syabas JSJ @PDRMsia Kluang yang berjaya t'kap orang yang menghina Mendiang Insp Margaret -Trafik Kluang Sebentar tadi.’

Selain itu, Khalid menjelaskan, pihaknya juga sudah meluluskan pemberian pangkat Asisten Superintendan Polis (ASP) secara 'Posthumous' kepada Inspektor Margaret Tagum Anak Goen.

Margaret meninggal ketika dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, pada 12.45 tengah hari semalam.

Mendiang dikejarkan ke hospital selepas dirempuh mat rempit dalam Ops Roda/Rempit di KM58, Jalan Batu Pahat-Mersing, Johor.


Artikel Berkaitan : Pegawai Trafik Wanita Dirempuh Mat Rempit, Meninggal Dunia

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.