Cari Blog Ini

Himpunan Yang Dilihat Mempunyai Unsur Provokasi Perkauman : ‘Otai Reformasi’ Ikrar Halang ‘Baju Merah’ Cederakan Cina Pada 16 September


Otai Reformasi berkata anggota-anggota mereka akan melakukan tangkapan rakyat terhadap 'kumpulan baju merah' jika mereka bertindak melakukan provokasi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 September, 2015.
Otai Reformasi berkata anggota-anggota mereka akan melakukan tangkapan rakyat terhadap 'kumpulan baju merah' jika mereka bertindak melakukan provokasi
[tmi]- Aktivis gerakan Reformasi tahun 1998 yang menggelarkan diri mereka "Otai Reformasi" hari ini berikrar menghalang mana-mana peserta Himpunan Maruah Melayu pada 16 September ini daripada bertindak mencederakan kaum Cina di Jalan Petaling dan Bukit Bintang.

Jurucakap kumpulan itu, Abdul Razak Ismail berkata anggota mereka seramai kira-kira 500 orang akan melakukan tangkapan rakyat (citizen arrest) terhadap mana-mana peserta himpunan itu jika mereka bertindak melakukan provokasi.

Menurutnya, langkah itu diambil kerana pihak polis setakat ini kelihatan tidak benar-benar serius menghalang himpunan itu yang dilihat mempunyai unsur provokasi perkauman.

"Kami akan bertindak melakukan citizen arrest jika kumpulan ini melakukan jenayah.

"Jadi, kita minta rakan-rakan Cina di Petaling Street percaya pada kita," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur pagi ini.

Himpunan Maruah Melayu yang juga dikenali sebagai "kumpulan baju merah" akan turun berhimpun pada 16 September ini bagi membantah himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Himpunan itu menarik perhatian ramai apabila posternya menampilkan bayang individu bertanjak dengan melompat sambil menghunuskan parang, serta lokasi himpunan itu akan berlangsung, iaitu di Bukit Bintang dan Jalan Petaling di ibu negara.

Bukit Bintang dan Jalan Petaling merupakan tempat tarikan pelancong di ibu kota yang didominasi peniaga kaum Cina.

Artikel Berkaitan : Biar Pun Tidak Dapat Kebenaran Polis, Himpunan Baju Merah Tetap Di Teruskan !

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.