Cari Blog Ini

Himpunan Melayu Bersatu Sia-Sia Kata Bekas Ahli Wanita UMNO


Anina_baju-merah_600
Anina sifatkan Himpunan Melayu Bersatu sia-sia
[fmt]- Orang Melayu menjadi kuat sekiranya pemimpinnya berwibawa, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab.

Keadaan sebaliknya akan berlaku sekiranya mereka yang memimpin lemah dan terpalit dengan pelbagai salah laku.

Kenyataan itu dibuat bekas ahli Wanita UMNO Cawangan Padang Mat Sirat, Anina Saadudin dalam reaksinya terhadap Himpunan Melayu Bersatu atau kumpulan Baju Merah.

“Tidak guna berkumpul dan bersorak di tepi jalan jika anda mempertahankan pemimpin yg jahat,”tulisnya.
Selain itu, dia juga mempersoalkan tujuan sebenar perhimpunan berkenaan.

“Secara dasarnya, itu racism. Di mana semangat penubuhan negara Malaysia 16 september?

Mereka sudah lari dari semangat kita sebagai rakyat berbilang bangsa sebuah negara berdaulat, Mereka mengamalkan semangat zaman batu,”katanya dalam kenyataan kepada FMT.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.