Cari Blog Ini

Himpunan Baju Merah : Orang Kampung Diperdaya !!!



Kesian orang kampung diperdaya kononnya ada rombongan ke Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Bila samapai sana disuruh pula pakai baju merah dan ikut perarakan, Mereka menipu dan perdayakan orang tua-tua dan orang kampung..!!!


                     Dr M: Tujuan himpunan itu apa?

[mk]- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau masih tidak tahu menahu apa matlamat Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan hari ini.

Diminta memberi komen mengenai program yang didakwa dihadiri kira-kira 200,000 orang itu, Dr Mahathir berkata: "Dia punya objektif apa dia?

Saya pun tak tahu, macam mana nak komen."

Beliau kemudian diiringi oleh pasukan keselamatan beredar dari wartawan.

Bekas perdana menteri itu ditemui media selepas menghadiri majlis di Cyberjaya hari ini.

Dr Mahathir memang kritikal terhadap perhimpunan yang diadakan sebagai 'membalas' BERSIH 4 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Malah beliau turut membuat dua kemunculan singkat sempena BERSIH 4.

Kata Dr Mahathir BERSIH 4 bukanlah perhimpunan bersifat rasis kerana ia disertai pelbagai kaum.

"Mereka (kumpulan baju merah) mahu BERSIH menjadi rasis supaya mereka boleh mempertahankan Melayu.

"(Bagaimanapun) mereka bukan mempertahankan Melayu, Ia (Himpunan Rakyat Bersatu) tak perlu," katanya kepada media semalam.

Program itu turut tidak disenangi oleh Timbalan dan Naib Presiden Umno.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan sempena Hari Malaysia berkata, sambutan detik penting negara wajar dizahirkan dengan acara yang melambangkan perpaduan rakyat.

"Janganlah pula Hari Malaysia disambut dengan perarakan atau perhimpunan yang boleh ditafsirkan sebagai berbaur perkauman walau apapun motif di sebaliknya," kata beliau.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula berkata sebarang perhimpunan untuk menyakitkan hati serta mencetuskan provokasi pihak lain perlu dielakkan.

"Perlu ada penghormatan kepada negara dan bukan dengan perhimpunan untuk tujuan yang tidak tentu kerana ia hanya memporak perandakan keharmonian kaum," katanya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Umno kalau x menipu bukan umno jamanya...

ombak berkata...

Itu.bukan.menipu.. itu taktik dan.strategi

My Kakak berkata...

Bagus bagus kumpul banyak2 bukti hidup. Sebarkan kat media sosial. Ia akan jadi senjata makan tuan. Org melayu mudah lupa. Cina x mudah lupa. Next election zero undi dari china di selangor. Yunus! Kau memang berjasa!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.