Cari Blog Ini

Geng Baju Merah Berkonvoi Dengan Motosikal, Beri Sokongan Pada Najib


Konvoi I love PM, kecam pijak gambar pemimpin
Konvoi I love PM, kecam pijak gambar pemimpin
[sinar]- Umno Bahagian Permatang Pauh hari ini mengadakan konvoi bagi menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selain mengecam perbuatan peserta Bersih 4.0 yang memijak gambar pemimpin Melayu.

Dalam konvoi tersebut, seramai lebih 800 peserta dengan menaiki lebih 500 motosikal dengan memakai T-Shirt berwarna merah.

Ketuanya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, selain itu konvoi itu juga bertujuan untuk mempromosi Himpunan 16 September ini.

"Umno Permatang Pauh melahirkan kebimbangan provokasi perkauman terlampau yang dibuat peserta Bersih 4.0  tidak akan berakhir selagi orang Melayu tidak memaafkan mereka yg terlibat.

"Justeru Umno Permatang Pauh mendesak pihak polis melipat gandakan usaha menangkap dan mendakwa mereka yg terlibat secepat mungkin.

Semakin lama masa yang diambil oleh pihak polis semakin membara kemarahan penyokong parti Umno dan Pas serta umat Melayu yang melihat kedua-dua pemimpin mereka dihina sebegitu rupa di mata dunia," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Zaidi berkata, jika penyokong Bersih 4.0 marah kepada kerajaan BN mereka sepatutnya memijak gambar semua pemimpin BN tanpa mengira kaum jika mereka merasakan memijak gambar adalah budaya terbaik mereka.

"Persoalan ini bukan marah pada BN tetapi seolah-olah kepada Melayu itu yang mereka ingin terjemahkan.

Saya takut orang Melayu membeli apabila mereka yang lebih dulu mula menjual," katanya.

Terdahulu, Himpunan Bersih 4.0 yang diadakan di Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Ogos lalu mencetuskan kontroversi dimana ada antara pesertanya yang didapati memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sehingga pagi tadi, sebanyak 267 laporan polis dibuat berkenaan insiden itu sama ada dari pihak Umno atau Pas, kedua-dua pihak kini menyeru agar pesalah tersebut tampil segera.

Sehingga kini, insiden tersebut masih dalam siasatan polis.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.