Cari Blog Ini

[Gambar] ‘Baju Merah’ Dijual Di PWTC Ketika Mesyuarat MT Umno Berlangsung, Berpuluh-Puluh Ribu Orang Beli !


‘Baju Merah’ Dijual Di PWTC Ketika Mesyuarat MT Umno Berlangsung
[tmi]- Ketika mesyuarat penting Majlis Tertinggi (MT) Umno sedang berlangsung, sekumpulan penyokong "Himpunan Baju Merah" mengambil kesempatan menjual kemeja T merah kepada orang ramai yang terdiri daripada penyokong Umno di perkarangan bangunan Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Kumpulan tersebut diketuai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos yang menjual sehelai baju pada harga RM10 kepada orang ramai.

Jamal juga salah seorang penganjur himpunan yang dijadualkan berlangsung pada 16 September ini.

Himpunan Maruah Melayu yang juga dikenali sebagai "kumpulan baju merah" itu dijangka berhimpun pada 16 September sebagai tindakan balas membantah perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Himpunan itu menarik perhatian ramai apabila posternya menampilkan bayang individu bertanjak dengan melompat sambil menghunuskan parang, serta lokasi yang dipilih untuk berhimpun ialah Bukit Bintang dan Jalan Petaling di ibu negara.

Bukit Bintang dan Jalan Petaling merupakan tempat tarikan pelancong di ibu kota yang didominasi peniaga Cina.








Artikel Berkaitan : Biar Pun Tidak Dapat Kebenaran Polis, Himpunan Baju Merah Tetap Di Teruskan !

3 ulasan:

yen uchop berkata...

Bila tak habis aku nak beli sehelai $singgit aje buat pakai pi kebun.

mohd shahran berkata...

Saya mengharapkan Pihak Polis membenarkan Baju Merah untuk berhimpun. Kerana Berhimpun secara aman termaktub dalam perlembagaan

Tanpa Nama berkata...

teruskan je merah tu

kurang sikit pelancung dtg

aman sikit negara ini dr pelancong asing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.