Cari Blog Ini

Fitnah Jahat : Nafi Kaitan Dengan Justo, Nurul Izzah Akan Saman NST Dan Berita Harian



[kd]- Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menafikan sekeras-kerasnya laporan mendakwa beliau menawarkan kontrak kerajaan kepada bekas kakitangan PetroSaudi International (PetroSaudi), Xavier Andre Justo.

Izzah berkata, beliau tidak pernah menawarkan kontrak kerajaan bernilai USD2 juta kepada Justo sekiranya pembangkang mengambil alih kuasa, sepertimana dilapor akhbar berkenaan.

Beliau berkata, ia merupakan usaha terdesak daripada media kawalan BN untuk mengalihkan isu utama berhubung skandal 1MDB membabitkan Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak.

“Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah menawarkan US$2 juta kepada Justo dalam bentuk kontrak kerajaan sekiranya Parti Pembangkang memegang kuasa.

“Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau (Justo).

“Hari ini NST dan Berita Harian telah menjadikan pembohongan ini sebagai tajuk utama, tanpa mengendahkan sejauh mana kebenaran tuduhan-tuduhan tersebut,” katanya pada kenyataan media.

Justeru Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata beliau telah mengarahkan peguam untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap NST dan Berita Harian.

NST dan Berita Harian hari ini melaporkan  apa yang disebut sebagai pendedahan Justo dalam pengakuan ‘bertulis yang dibuat atas kehendaknya sendiri’.

Akhbar-akhbar itu melaporkan Izzah pernah menawar untuk membayar Justo dalam bentuk kontrak, tetapi Justo tidak menerima tawaran itu kerana mahukan bayaran tunai berjumlah US$2 juta (RM8.62 juta).

Justo dilapor mendakwa, editor Sarawak Report, Clare Recastle-Brown ialah orang tengah dalam urusan di antara Nurul Izzah dan dirinya.

“Persoalan yang utama bukanlah mengenai dokumen yang dicuri oleh Xavier Justo.

“Tetapi yang penting adalah mengenai kandungan dokumen tersebut, termasuk laporan-laporan oleh Wall Street Journal, Sarawak Report dan The Edge berkenaan rasuah besar, pengubahan wang haram, penyelewengan dan dakwaan rasuah pilihan raya, yang dikaitkan dengan 1MDB,” tegas Izzah.


Nurul Izzah nafi sekeras-kerasnya tawar kontrak kerajaan kepada Justo

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliau pernah menawarkan kontrak kerajaan kepada bekas kakitangan PetroSaudi International (PetroSaudi), Xavier Andre Justo, sebagai bayaran untuk memperoleh data mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Penafiannya itu susulan laporan akhbar the New Straits Times (NST) and Berita Harian (BH) hari ini, yang membuat laporan  tersebut berdasarkan pengakuan bertulis oleh Justo atas kehendaknya sendiri.

Nurul Izzah berkata laporan itu adalah cubaan terdesak untuk mengalihkan tumpuan daripada isu 1MDB, dan beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas kedua-dua akhbar terbabit.

“Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah menawarkan US$2 juta kepada Justo dalam bentuk kontrak kerajaan sekiranya Parti Pembangkang memegang kuasa. Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau.

“Hari ini NST dan BH telah menjadikan pembohongan ini sebagai tajuk utama, tanpa mengendahkan sejauh mana kebenaran tuduhan-tuduhan tersebut.

Saya dengan ini telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap NST dan Berita Harian,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut berkata persoalan yang utama bukanlah mengenai dokumen yang dicuri oleh Justo, tetapi mengenai kandungan dokumen tersebut, termasuk laporan-laporan oleh Wall Street Journal, Sarawak Report dan The Edge.

Dalam laporan NST dan BH hari ini, Justo mendakwa editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown ialah orang tengah di dalam urusan di antara Nurul Izzah dan dirinya.

“Sekitar September 2014, Clare menghubungi saya dan mengundang saya ke Bangkok.

Dia berkata anak perempuan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim berminat membeli data itu.

“Saya menolak kerana Nurul mahu membayar US$2 juta dalam bentuk kontrak kerajaan apabila mereka berkuasa, bukan dalam bentuk tunai.

Saya menolak tawaran itu kerana saya tidak melihat faedahnya,” kata Justo sepertimana dipetik di dalam laporan itu.

Turut dinamakan di dalam laporan itu ialah Ahli Parlimen Petaling Utara, Tony Pua yang didakwa telah mengatur penjualan data itu kepada pemilik The Edge Media Group (The Edge), Datuk Tong Kooi Ong bersama Rewcastle-Brown.

Pua hari ini juga mengulangi bahawa beliau tidak mengenali individu bernama "Xavier Andre Justo", sehinggalah penangkapan warga Switzerland tersebut di Thailand menjadi berita utama.

Justo kini sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun di Thailand atas sabitan kesalahan mengugut bekas majikannya.

Pua juga berkata beliau hanya menerima dokumen 1MDB yang bocor dari laman web Sarawak Report.
Tambahnya, beliau tiada niat jahat dalam menghubungi Rewcastle-Brown, kerana ia adalah tugasnya sebagai seorang ahli parlimen untuk mencari kebenaran di sebalik artikelnya.

“Sejak beberapa tahun yang lalu, saya telah berkongsi banyak maklumat kenalan dengan Clare dan membincangkan pelbagai subjek berkaitan politik di Malaysia.

Antara maklumat kenalan yang dikongsi termasuk Datuk Tong Kooi Ong dari The Edge Media Publications.

"Bagaimanapun, jika perkongsian maklumat kenalan dengan wartawan dan media bermakna mengambil bahagian dalam 'konspirasi', saya mesti telah berkomplot dengan setiap organisasi media di Malaysia yang telah meminta maklumat kenalan dari saya,” katanya.

- astro awani


Data 1MDB: Nurul Izzah jangan hanya nafi, samanlah sekali - Ibdilillah
IBDILILLAH: Penafian tidak cukup untuk membuktikan Nurul Izzah tidak bersalah dan 'lari' daripada tuduhan berkenaan.- Gambar fail

Data 1MDB: Nurul Izzah jangan hanya nafi, samanlah sekali - Ibdilillah

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar didesak untuk tidak hanya menafikan malah segera menyaman media yang menuduhnya terlibat dengan pembelian data mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada bekas kakitangan PetroSaudi International (PetroSaudi), Xavier Andre Justo.

Exco Pemuda UMNO, Ibdilillah Ishak berkata, penafian juga tidak cukup untuk membuktikan Nurul Izzah tidak bersalah dan 'lari' daripada tuduhan berkenaan.

"Rupanya dia sendiri terpalit dengan dakwaan menawarkan kontrak kepada Justo.

Jika benar dakwaan Justo berhubung cubaan Nurul Izzah mahu membeli maklumat curi tersebut dengan menawarkan kontrak sekiranya berjaya menawan Putrajaya, maka dia adalah seorang perasuah.

"Sungguh hipokrit. Nurul Izzah perlu segera menyaman portal berita atau agensi media yang terlibat dalam tuduhan itu.

Penafian tidak mencukupi kerana ini tuduhan yang amat berat," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Pada Selasa, Nurul Izzah didakwa pernah menyatakan minat untuk membeli data mengenai 1MDB daripada Justo.

Menurut laporan akhbar The New Straits Times (NST) dan Berita Harian (BH), ia merupakan pendedahan Justo dalam pengakuan bertulis yang dibuat atas kehendaknya sendiri.

Akhbar-akhbar itu melaporkan bahawa Nurul Izzah pernah menawar untuk membayar Justo dalam bentuk kontrak, tetapi Justo tidak menerima tawaran itu kerana mahukan bayaran tunai berjumlah US$2 juta (RM8.62 juta).

Justo dilapor berkata editor Sarawak Report, Clare Recastle-Brown ialah orang tengah di dalam urusan di antara Nurul Izzah dan dirinya.

Pada Isnin, NST melaporkan bahawa perbualan Rewcastle-Brown dengan beberapa individu melalui aplikasi WhatsApp membuktikan wujud konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia.

Menurut sumber yang rapat dengan pihak berkuasa Thailand, perbualan itu berlangsung selama tiga bulan dan mengaitkan pembabitan Rewcastle-Brown, Tong, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ho Kay Tat dan Justo.
Perbualan di WhatsApp itu juga dikatakan membuktikan bahawa Rewcastle-Brown mempunyai hubungan rapat dengan Anwar, Pua dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, The Edge dalam reaksinya berkata, pihaknya tiada sebarang kaitan dengan usaha menjatuhkan kerajaan atau cuba mengubah bukti berkaitan 1MDB.

astro awani

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.