Cari Blog Ini

Derma RM2.6b : Ahli Umno Lapor Polis Gesa Siasat Najib Dan Menteri



Seorang ahli Umno Bahagian Pasir Gudang hari ini dilapor membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kontroversi wang derma RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut laporan portal The Malaysian Insider, Abdul Rashed Jamaludin membuat laporan polis itu di Balai Polis Pasir Gudang semalam.

Dalam laporannya, Abdul Rashed meminta pihak polis menyiasat Najib, Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Beliau juga meminta siasatan dijalankan terhadap menteri yang memberi komen berhubung isu derma berkenaan antaranya Datuk Husni Hanadzlah, Datuk Ahmad Maslan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Rahman Dahlan dan Datuk Seri Azalina Othman.

"Saya merayu kepada PDRM untuk menjalankan siasatan terperinci keatas kenyataan menteri-menteri ini kerana takut jika terdapat beberapa pembohongan, sama ada di Dewan Rakyat atau melalui kenyataan yang dibuat kepada media," Abdul Rashed dipetik sebagai berkata.

Sehingga kini, kontroversi berkaitan derma RM2.6 bilion dan 1MDB masih belum terjawab.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.