Cari Blog Ini

Demonstrasi Baju Merah Boleh Cetus Ketegangan Kaum Kata Bekas Ketua Wanita UMNO


rafidah-zaiz,merah
Bantahan Baju Merah boleh cetus ketegangan kaum-Rafidah
[fmt]- Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz menempelak rancangan Kumpulan Baju Merah yang bercadang untuk mengadakan demonstrasi aman 16 September ini.

Katanya, perhimpunan itu berbeza dengan Bersih 4.0, kumpulan berkenaan tidak mempunyai tuntutan yang jelas.

“Mereka nak berdemonstrasi untuk apa? Sama seperti apa yang mereka cuba buktikan,” katanya di Facebook.

Dalam status Facebook yang dimuat naiknya, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri meluahkan kebimbangan terhadap seruan ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ kerana ia tidak membawa manfaat kepada rakyat selain boleh memecah belah masyarakat.

Jelasnya, keadaan yang berlaku sekarang tidak ada kena mengena dengan kaum tetapi ia berkaitan tadbir urus, ketelusan dan integriti.

“Ada orang cuba mengelak isu sebenar dan memilih cara mudah melepaskan diri… Mainkan isu perkauman… Tuding jari dan salahkan orang lain… Mainkan angka bagi menggambarkan ‘kekuatan’ sokongan yang mereka perolehi.

“Apa saja yang mereka hendak buktikan? Adakah mereka hendak katakan semuanya OK di sebalik kucar kacir ini… mereka sokong tindakan yang membawa kepada rasa malu negara?,” katanya.

Menurut Rafidah sepatutnya 16 September ini diraikan kerana ia Hari Malaysia dan bukannya melakukan sesuatu yang boleh merosakkan hubungan kaum.

“Adalah lebih baik untuk dilakukan solat hajat di seluruh negara, berdoa kepada Yang Maha Esa untuk menunjukkan jalan kepada kebenaran… berdoa agar negara ini akan selamat,” tulisnya.


            Liow: MCA tolak perhimpunan 'anti-Low Yat'

MCA hari ini sekeras-kerasnya menolak "Himpunan Rakyat Bersatu" yang dikatakan bersifat 'anti Low Yat', dijadualkan berlangsung di ibu negara tidak lama lagi.

Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perhimpunan itu, yang tidak dikenal pasti penganjurnya, boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian kaum di negara ini.

Ia boleh membawa kesan negatif kepada hubungan antara kaum yang telah terjalin, katanya.

Bercakap kepada pemberita dalam bahasa Mandarin, beliau berkata, "Kita bimbang perhimpunan tersebut akan mengeruhkan perpaduan kaum. Bukan mudah untuk membinanya, tetapi dalam masa sehari, sekejap sahaja boleh runtuh".

"Oleh itu kita mahu pihak berkuasa menyiasat mengenai perhimpunan berkenaan atas faktor-faktor keselamatan," kata Liow selepas merasmikan Konvensyen Tahunan MCA Wilayah Persekutuan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Wangsa Maju di sini.

Media melaporkan "Himpunan Rakyat Bersatu" itu dijadual berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober di Bukit Bintang dan Jalan Petaling.

Perhimpunan itu diadakan sebagai tindak balas dan protes terhadap perhimpunan Bersih 4.0 yang dikatakan mengganggu perniagaan di kawasan tumpuan orang Melayu di ibu kota.

- Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.