Cari Blog Ini

Biar Pun Tidak Dapat Kebenaran Polis, Himpunan Baju Merah Tetap Di Teruskan !


Siapa kata kita mahu batal Himpunan Rakyat Bersatu? - Jamal
Spekulasi pembatalan Himpunan Rakyat Bersatu yang membabitkan penyertaan sekurang-kurangnya 300,000 orang pada 16 September adalah tidak benar semata-mata.

Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, perhimpunan aman itu tetap akan diadakan walaupun pelbagai halangan termasuk tidak mendapat kebenaran polis.

"Siapa kata kita mahu batal Himpunan Rakyat Bersatu? Polis kata tidak boleh tetapi biarlah, kita hendak buat perhimpunan aman dan kita akan tetap lakukannya.

"Kita akan buat di sekitar Bukit Bintang dan berakhir di Padang Merbok. Ada beberapa 'check point' di kawasan sekitar namun semuanya akan melalui Bukit Bintang," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Himpunan Rakyat Bersatu yang akan disertai 500 pertubuhan Melayu di seluruh negara akan berhimpun secara aman di lokasi tertentu seperti Bukit Bintang, Jalan Petaling dan kawasan sekitarnya sebagai membuktikan penyatuan hati orang Melayu dalam mempertahankan maruah tanpa mengira perbezaan fahaman atau ideologi politik masing-masing.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim pada Isnin berkata, pihaknya tidak akan membenarkan Perhimpunan Rakyat Bersatu atas implikasi keselamatan.

Ujarnya, setakat ini pihak penganjur juga masih belum membuat sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan berkenaan yang dirancang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia.

Sebuah akhbar sebelum ini melaporkan keyakinan Jamal terhadap berlangsungnya perhimpunan itu.

Katanya, tidak ada sebab mana-mana pihak termasuk pihak berkuasa untuk menggagalkan atau menghalang perhimpunan tersebut kerana perhimpunan Bersih 4 yang diisytiharkan haram juga tetap diadakan walaupun jelas sekali mahu menganggu sambutan Hari Kebangsaan.

Tambahnya, selama ini orang Melayu begitu bersabar walaupun maruah mereka dicabar dengan penganjuran Bersih 1,2, 3 dan 4.
Dalam pada itu kata Jamal, satu sidang media untuk memaklumkan situasi terkini penganjuran perhimpunan itu akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebelum ini Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamzah Kassim memberitahu pihaknya akan menghantar 2,000 ahlinya untuk menyertai Himpunan Rakyat Bersatu di Bukit Bintang.

Jelasnya, penyertaan itu adalah bagi menunjukkan sokongan padu rakyat kepada kerajaan dan tindak balas bagi insiden peserta Bersih 4 yang memijak gambar pemimpin negara.

- astro awani

Artikel Berkaitan : Perhimpunan ‘Baju Merah’ 16 September Tidak Dapat Kebenaran Polis

Artikel Berkaitan : Momok Baju Merah Tak Untungkan Najib

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.