Cari Blog Ini

Ahmad Maslan Dah Nampak Umno Bakal Hancur Dari Dalam !


Umno hanya boleh hancur dari dalam, kata Ahmad Maslan
[tmi]- Umno tidak akan dapat dimusnahkan dari luar, sebaliknya parti Melayu itu hanya boleh dihancurkan oleh faktor dalaman, kata ketua penerangannya Datuk Ahmad Maslan.

Sehubungan itu, katanya, Umno kini sedang menjalankan proses penerangan ke semua bahagian di setiap negeri bagi mengukuhkan parti itu dari dalam dengan memberikan penjelasan berhubung beberapa isu.

"Umno tidak boleh dihancurkan dari luar tapi Umno boleh hancur dari dalam, sebab itu kita kena kukuhkan Umno dengan penjelasan," katanya yang juga timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian bagi program polisi kepimpinan ekonomi di Malaysia bersama Temasek Foundation dan Singapore Cooperation Enterprise (SCE) di Kuala Lumpur, pagi ini.

Ahmad berkata, sesi penerangan kepada bahagian turut dihadiri barisan tertinggi kepimpinan Umno termasuk Timbalan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Saya dalam siri mengadakan dialog isu semasa secara tertutup kepada Umno bahagian," katanya, sambil menambah, antara isu yang dijelaskan membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dana RM2.6 bilion dan rombakan Kabinet.

"Siri itu akan saya teruskan. MT mungkin terlibat, Saya membantu beberapa pemimpin utama lain seperti Zahid, Hishammuddin dan Ismail Sabri.

"Kalau tidak dijelaskan, akan menimbulkan rasa yang pelbagai, Sebagai ketua penerangan, tugas saya lakukan perkara itu," katanya.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, beliau juga sudah menjelajah ke 7 negeri - Kedah, Johor, Kelantan, Melaka, Terengganu, Sabah dan Sarawak dalam usaha memberikan penerangan dan penjelasan.

"Walaupun majlis itu tertutup, saya menerima soalan secara terbuka," katanya.

Melalui sesi itu katanya, pemimpin dan ahli Umno di peringkat akar umbi akan membangkitkan persoalan mereka dan akan dijawab kepimpinan yang hadir.

"Kami tahu bagaimana nak selesaikan masalah kami dalam keluarga Umno," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.