Cari Blog Ini

Ahli PAS Keluar Parti : Usah Pandang Ringan Kata Yang Dipertua Pas Rantau Panjang


Abdul Fatah Harun
Abdul Fatah
       Usah pandang ringan isu ahli, pemimpin kecewa

[sinar]- Pas dinasihat tidak memandang ringan isu ahli dan pemimpin yang kecewa kerana jumlah tersebut dilihat semakin meningkat seterusnya menjadi salah satu punca pengurangan undi dalam pilihanraya akan datang.

Yang Dipertua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun berkata, pemimpin yang kecewa di bahagian pusat atau negeri tidak begitu ramai tetapi ia memberi kesan kepada pemimpin bawahan, ahli parti, pengundi dan penyokong.

Menurutnya, makin lama sesebuah parti politik memerintah negeri atau negara, makin ramai puak yang kecewa kerana terhadap parti tersebut.

“Agak mustahil nak melayani kehendak semua rakyat khususnya ahli dan pengundi tegar mereka, apatah lagi Pas memerintah lebih 23 tahun di Kelantan, sudah tentu ramai yang kecewa dengan pentabiran dan pemerintahan kerajaan selama ini.

“Terdapat beberapa punca mereka kecewa antaranya sikap ego sesetengah pemimpin, tidak mendapat layanan yang sempurna daripada wakil rakyat, perubahan mendadak (kejutan budaya) sesetengah wakil rakyat dan pemimpin parti dan perebutan jawatan,” katanya.

Beliau berkata, pelantikan jawatan politik membabitkan ahli majlis daerah, penghulu, pegawai dakwah, guru al-Quran, pengambilan peserta Ladang Rakyat dan pemberian ‘one off’ subsidi turut menyumbang kepada rasa kecewa.

Fatah turut bertanya, sama ada Pas membuat kajian terhadap perkara melibatkan ahli yang kecewa hingga tak mahu bergerak cergas dalam parti dan sikap tunggu dan lihat saja perkembangan yang berlaku.

Ada juga katanya, ahli yang berhasrat hendak keluar parti tapi takut diambil tindakan kerana mereka masih ada kepentingan dengan kerajaan.

“Antara jalan penyelesaian, semua pihak perlu bertanya khabar atau berjumpa secara berdepan terutama golongan ulama di kalangan masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian.

Fatah yang juga bekas Adun Bukit Tuku berkata, Pas perlu mencari inisiatif baharu supaya rakyat nampak dan boleh membuat perbandingan, selepas berlakunya pergolakan dalaman.

Ini kerana katanya, rakyat sudah tidak berbangga dengan tugas pemimpin Pas malah mereka mahu lihat perubahan drastik yang mampu dilakukan demi Kelantan.


80 lagi ahli Pas Johor keluar parti
Sebahagian daripada ahli Pas yang bertindak keluar parti
                        80 lagi ahli Pas Johor keluar parti

[sinar]- Susulan peletakan jawatan kepimpinan tertinggi Pas di negeri ini untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia, kira-kira seramai 80 ahli Pas Kawasan Segamat, Sekijang dan Labis pula yang bertindak keluar daripada parti tersebut.

Bekas Timbalan Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Labis, Md Zin Johar berkata, kesemua mereka juga telah bersetuju untuk terus berkhidmat kepada rakyat menerusi parti baharu ini selain memperkuatkan semula Pakatan Rakyat (PR).

“Setelah mengambil perkiraan yang panjang dan meneliti kesan positif dan negatif untuk bergerak melakukan kerja di masa hadapan, kami yang ada pada hari ini (kelmarin) mengumumkan untuk keluar daripada Pas untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia ini.

“Usaha ini diambil bagi membolehkan sahabat-sahabat yang masih berada di dalam Pas memilih kepimpinan baharu yang dirasakan sesuai untuk terus memimpin Pas kawasan berdasarkan halatuju dan kompas politik yang ditetapkan oleh Presiden Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media khas bagi mengumumkan peletakan jawatan oleh kepimpinan Pas Kawasan Segamat, Sekijang dan Labis di Hotel Golden Lake, di sini, petang semalam.

Turut hadir semasa sidang media khas tersebut ialah Pengerusi Parti Pekerja Malaysia Negeri Johor, Aminolhuda Hassan.

Menurutnya, beliau juga turut berharap agar ukhuwah di antara mereka dengan ahli-ahli Pas yang lain juga akan berkekalan sampai bila-bila dan sama sekali tidak akan pernah bersetuju terhadap sebarang usaha untuk mengeruhkan hubungan kekeluargaan di antara mereka.

“Harapan ini wajib dijelaskan kerana perbezaan antara kami dan rakan-rakan dalam Pas hanyalah platform perjuangan.

Apa yang lebih penting kami akan istiqamah membawa agenda perjuangan Islam yang lebih inklusif.

“Kita mahu lebih fokus kepada isu rakyat, maknanya pendekatan kita lebih mendekati masalah rakyat dan bukan permasalahan dalaman serta akan terus komited membina negara yang kuat dan bebas rasuah serta penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Pada masa sama, mereka juga turut berterima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan oleh ahli-ahli Pas Kawasan Segamat, Sekijang dan Labis selama ini dan menjangkakan lebih ramai yang akan menyertai mereka selepas ini.

Menurutnya, mereka juga yakin bahawa parti baharu ini turut mengambil kira unsur-unsur inklusif yang mengambil berat demokrasi dan progresif di dalamnya kerana dan akan bergerak seiring serta tampil dengan penjelasan terkini isu-isu semasa.

“Setakat ini sambutan yang diterima amat menggalakkan dan aya menyeru semua pihak agar memberi ruang dan peluang kepada parti baharu ini untuk memberikan khidmat baktinya kepada seluruh rakyat Malaysia agar matlamat kita untuk menumbangkan BN akan tercapai pada PRU14 nanti,” katanya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya begitulah yang perlu diambil perhatian dan tidakan segera olih peminpin tertinggi agar fenomina kelaur Pas akan dapat diperlahankan,Ini tiadak >langsung tidak kepedulian pun dari piahk atasan ,malah mereka bergembira dengan ramainya ahli Pas keluar parti ,mungkin peminpin atasan masih mamai dengan kejutan kemenagan secar CAI.

Tanpa Nama berkata...

Biarkan puak2 ularmak leka dgn mimpi indah mereka. Kan Pas masih kuat... Biarkan biarkan...

Tanpa Nama berkata...

Parti nyamuk je tu... kikikiki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.