Cari Blog Ini

1MDB Sahkan Peletakan Jawatan Dr Abdul Samad Sebagai Ahli Lembaga Penasihat



Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak memuat naik berita peletakan jawatan Tan Sri Dr Abdul Samad Alias sebagai ahli lembaga pengarah 1MDB, di akaun Instagramnya hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 September, 2015

Syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Isnin mengesahkan peletakan jawatan Tan Sri Dr Abdul Samad Haji Alias sebagai ahli lembaga penasihat sebagaimana dilaporkan media.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, syarikat itu memaklumkan bahawa ia menghormati dan menerima keputusan Dr Abdul Samad untuk berundur.

“1MDB sedia maklum tentang laporan media berhubung peletakan jawatan Tan Sri Datuk Dr Abdul Samad Haji Alias daripada Lembaga Penasihat 1MDB.

"Walaupun pihak kami kesal dengan pengundurannya, kami menghormati keputusannya dan mendoakan yang terbaik buat Tan Sri Samad dalam apa juga usaha beliau selanjutnya.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut sebab beliau meletak jawatan.

Abdul Samad menyertai Lembaga Penasihat 1MDB pada Januari tahun ini.

Terdahulu, beliau merupakan pengerusi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sejak 15 August 2011.

Abdul Samad juga merupakan felo Institute Of Chartered Accountants di Australia dan ahli Malaysian Institute Of Certified Public Accountants serta Malaysian Institute Of Accountants.
Beliau pernah memegang jawatan, antara lain, sebagai pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Berhad, pengerusi bukan eksekutif Messrs Ernst & Young, presiden Malaysian Institute Of Certified Public Accountants dan presiden Malaysian Institute Of Accountants.

astro awani


Bekas ahli lembaga penasihat letak jawatan 6 bulan lepas 1MDB gagal beri penjelasan

[tmi]- Bekas Ahli Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Dr Abdul Samad Alias mendedahkan beliau meletakkan jawatan selepas 6 bulan gagal menerima penjelasan mengenai status dan maklumat kewangan syarikat sarat hutang itu.

Beliau yang merupakan Pengerusi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), berkata permintaannya untuk mendapatkan maklumat tidak diendahkan.

"Saya minta (laporan) mengenai untung dan rugi. Saya tunggu sehingga 6 bulan dan tidak mendapat sebarang taklimat.

Selepas itu saya letak jawatan," katanya pada persidangan "National Conference on Governance, Risk and Control; Gearing for Innovation" di Kuala Lumpur hari ini.

Samad berkata beliau dilantik sebagai lembaga penasihat 1MDB akhir Januari lalu.

Tambahnya, walaupun sudah berulang kali meminta maklumat berkaitan kewangan namun 1MDB hanya membisu tanpa maklum balas.

Katanya, beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan pada akhir Julai.

“Pada 29 Julai saya saya hantar surat letak jawatan,” katanya pada satu sesi soal jawab dalam persidangan tersebut.

1MDB pada 21 Januari 2015 melantik Samad sebagai anggota lembaga penasihatnya.

Dalam satu kenyataan 1MDB berkata, lembaga itu yang dianggotai tokoh tempatan dan antarabangsa merupakan badan membimbing syarikat itu dalam mencapai matlamatnya.

Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata, syarikat itu berbangga dengan penyertaan Samad, antara tokoh yang paling dihormati dalam komuniti kewangan Malaysia, dalam lembaga penasihatnya.

Samad mempengerusikan PIDM sejak 15 Ogos 2011.  

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.