Cari Blog Ini

16 Sept Himpunan Rakyat Sokong Kerajaan Kata Ku Nan



[mk]- Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyangkal himpunan Rabu ini sebuah perhimpunan Melayu semata-mata.

Sebaliknya, kata beliau, ia sebenarnya perhimpunan rakyat berbilang bangsa dan demi menunjukkan sokongan pada kerajaan.

"Ini bukan satu himpunan untuk Melayu, ini adalah himpunan rakyat, satu himpunan berbilang kaum.
"Saya rasa kaum lain juga akan turun ke himpunan ini.

"Kalau rakyat cintakan negara ini, tak kira Cina, Melayu atau India, semua patut turun untuk menunjukkan sokongan kepada kerajaan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Projek Residensi Razakmas hari ini.

Bagaimanapun, Tengku Adnan berkata beliau sendiri tidak akan menghadiri himpunan itu kerana perlu pergi ke tempat lain pada hari tersebut.

Umno tak gerakkan ahli

Ditanya kehadiran ahli Umno pula, Tengku Adnan berkata beliau tidak tahu kerana Umno bukan penganjur himpunan ini.

"Saya tak tahu, Umno pusat tak menggerakkan (ahli). Ini terserah kepada individu, saya juga tak tahu sama ada sayap Umno akan menggerakkan ahli untuk hadir.

"Ahli Umno mungkin juga merupakan ahli NGO lain. Seperti presiden saya sebut selepas mesyuarat Majlis Tertinggi, kita tak galak dan kita tak henti.

“Kalau dia nak pergi tapi mesti ikut undang-undang walau dia ahli Umno," jelas Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan.

Ditanya sama ada himpunan ini akan menjejas imej Umno atau BN, Tengku Adnan terus menegaskan bahawa mereka tidak berada di belakang himpunan itu.

"Ini tidak sama dengan himpunan BERSIH, kita tahu DAP di belakang himpunan itu.

"Saya tidak rasa pijak gambar pemimpin itu budaya kaum Cina sebaliknya budaya itu dibawa oleh DAP," katanya.

Bukan demo jalanan di Padang Merbok

Tengku Adnan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meluluskannya permohonan untuk berhimpun di Padang Merbok, Kuala Lumpur, jika dipohon penganjur.

"Kami tidak akan membenarkan himpunan di jalanan, tapi jika himpunan itu di satu tempat tertentu atau tertutup, kita akan benarkannya," jelasnya.

Mengikut laporan media, DBKL telah membenarkan Persatuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka) mengadakan Himpunan Rakyat Bersatu di Padang Merbok pada 16 September.

Artikel Berkaitan : Perhimpunan Kaum 'Baju Merah' : Malaysia Sudah Tidak Aman !!

Artikel Berkaitan : Perhimpunan Kaum ‘Baju Merah’ Sah Kata Polis

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.