Cari Blog Ini

Muhyiddin, TPM Kedua Disingkir Selepas Anwar



[tmi]- Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilucutkan jawatannya kini menyertai Datuk Seri Anwar Ibrahim, satu-satunya timbalan perdana menteri yang pernah dipecat dalam sejarah politik Malaysia.

Jawatan itu bagaimanapun, sering diselubungi kontroversi, di mana dahulu Tun Musa Hitam yang memegang jawatan itu dari 1981 hingga 1986, meletakkan jawatan kerana perbezaan pendapat dengan perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, serta Tun Ghafar Baba, yang mengambil alih jawatan pada 1986 tetapi dikalahkan Anwar pada 1993.

Anwar dipecat pada 2 September, 1998 atas dakwaan rasuah dan liwat.

Muhyiddin, 68, mula menceburi politik apabila bertanding sebagai calon dan memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada 1978, yang dipegangnya selama dua penggal hingga 1986.

Beliau kemudian bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang yang juga dimenanginya, membuka jalan baginya untuk menjadi menteri besar Johor pada 1986.

Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai timbalan menteri dalam dua kementerian.

Selepas khidmatnya sebagai menteri besar Johor tamat, Muhyiddin memegang beberapa portfolio berbeza sebelum dilantik sebagai timbalan perdana menteri kepada Datuk Seri Najib Razak pada April 2009.

Beliau memegang portfolio sebagai menteri pendidikan pada April 2009 dan dua bulan kemudian mengumumkan yang kerajaan akan memansuhkan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang diperkenalkan Dr Mahathir pada 2003.

Muhyiddin juga mengundang kontroversi pada Mac 2010 apabila mengisytiharkan yang beliau seorang Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian, apabila bercakap berkaitan dengan slogan 1Malaysia Najib.

Terkini, Muhyiddin semakin lantang, walaupun tidak begitu konsisten dalam kelantangannya, tentang skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pada Ahad, Muhyiddin mengkritik 1MDB di mesyuarat tahunan Umno bahagian Cheras di mana beliau mempersoalkan skandal menyelubungi hutang RM42 bilion syarrikat itu serta laporan The Wall Street Journal tentang wang yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib, tetapi disuruh Pejabat Perdana Menteri semalam untuk bersabar menunggu keputusan siasatan.

Najib menubuhkan 1MDB apabila mula berkuasa selepas mengambil alih daripada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau belum lagi merombak atau menukar Kabinet sejak 2009 dan selepas Pilihan Raya Umum ke-13, di mana beliau menambah senarai menteri kepada 35.


                    

1 ulasan:

IBU TIJA berkata...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.