Cari Blog Ini

[Video] Forum Dihadiri Najib, Mahathir Dibatalkan, Suasana Dialog Bertukar Kecoh Apabila Polis Halang Mahathir Bercakap


Dialog PM bersama NGO bertukar kecoh
Suasana dialog bertukar kecoh
                                   Dialog PM bersama NGO bertukar kecoh

[sinar]- Suasana di luar bilik Seroja bertukar menjadi tegang selepas Tun Dr Mahathir Mohamad keluar menuju ke dewan Tun Hussien Onn.

Puluhan media yang menunggu di hadapan bilik tersebut berasak bersama-sama dengan penyokong mantan Perdana Menteri itu yang turut mengiringi ke dewan dialog.

Penyokong itu melaungkan 'Hidup Tun' manakala Dr Mahathir hanya senyum ke arah media tanpa memberi sebarang kenyataan.

Media tidak dibenarkan masuk ke dalam  dewan dan pintu dikunci sejurus kemasukan Dr Mahathir pada jam 10.20 pagi.

Sebelum itu, Pengerusi Sukaguam yang menjadi penganjur program ini, Datuk Khairul Anwar berkata, beliau akan menemui media untuk menyatakan status dialog ini.

"Saya masuk jumpa Tun dahulu, kemudian akan bercakap," katanya ringkas, Kelibat Datuk Seri Najib Razak masih tidak kelihatan.

Mengikut jadual, Perdana Menteri dijadualkan tiba pada jam 9 pagi.


Seorang pegawai polis kelihatan bercakap sesuatu kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau sedang berucap di majlis Dialog ‘Nothing to Hide’ di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 5 Jun, 2015.
Seorang pegawai polis kelihatan bercakap sesuatu kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau sedang berucap di majlis Dialog ‘Nothing to Hide’ di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC pagi tadi

                          Polis halang Dr Mahathir bercakap, matikan mikrofon

Polis menghentikan Tun Dr Mahathir Mohamad daripada bercakap di forum tentang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini.

Polis naik ke atas pentas apabila bekas perdana menteri itu mula bercakap selama 5 minit dan menggesanya untuk berhenti.

Polis kemudiannya mematikan mikrofon dan membawa Dr Mahathir meninggalkan Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Terdahulu, Dr Mahathir kelihatan cuba berunding dengan pegawai polis itu dan memberitahu beliau dijemput dan sepatutnya dibenarkan bercakap.

Tetapi pegawai polis itu mematikan mikrofon dan memadamkan video.

Keadaan menjadi kecoh dan kira-kira 1,000 hadirin mula menjerit memarahi polis dan ada naik ke atas pentas, Dr Mahathir kemudian mengadakan sidang akhbar sebelum turun dari pentas.

Beliau dibenarkan bercakap kepada pemberita dan selepas sidang media, sepasukan polis membawanya ke keretanya sambil orang ramai menjerit:"Hidup Tun! Hidup Tun! Hidup Tun!".

Keadaan di dalam Dewan Tun Hussein Onn di PWTC pagi ini pada awalnya tegang apabila hadirin berang dan mendesak Najib hadir di majlis itu.

Penganjur Dialog PM Bersama NGO, Suka Guam terlebih dulu mengumumkan program hari ini akan diteruskan walaupun tanpa kehadiran Najib.

Katanya, Najib tidak hadir selepas polis menasihatinya atas faktor keselamatan.

Penganjur juga mengumumkan terdapat satu pergaduhan berlaku di luar dewan dan polis memaklumkan kepada mereka kekecohan akan berlaku dalam program hari ini.

Sebelum itu, SukaGuam memaklumkan pihaknya masih berunding dengan polis untuk membenarkan Najib menghadiri forum berkenaan.

Dr Mahathir tiba di PWTC seawal jam 8.50 pagi tadi untuk menghadiri dialog itu.

The Malaysian Insider


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar keluar arahan batal dialog Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama NGO pagi ini menerusi akaun Tweeter. – Gambar The Malaysian Insider, 5 Jun, 2015.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar keluar arahan batal dialog Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama NGO pagi ini menerusi akaun Tweeter

                          Polis arah forum dihadiri Najib, Dr Mahathir dibatalkan

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan arahan supaya majlis dialog bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang 1Malaysia Development Berhad yang turut dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad dibatalkan.

Khalid mengeluarkan arahan itu menerusi akaun Twitter @KBAB51, kira-kira sejam sebelum acara bermula pada 10 pagi ini.

“Dialog 1MDB bersama NGO2. Demi ketenteraman awam dan keharmonian masy, @PDRMsia mengarahkan Dialog di atas, di PWTC (Putra World Trade Centre), Kl pagi ini dibatalkan,” tulis Khalid pagi ini.

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) SukaGuam memberi peluang kepada Najib menjawab soalan daripada NGO lain dan kumpulan masyarakat sivil, termasuk mengenai 1MDB pada satu forum hari ini.

Pengerusi SukaGuam Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata pada sidang akhbar baru-baru ini, Najib mengesahkan kehadirannya pada sesi forum selama 2 jam bertajuk "Nothing to hide," berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pagi ini.

Dr Mahathir muncul di PWTC pagi ini dan Najib dijangka tiba pada 10 pagi.

"Kami mahu dialog ini menjadi platform yang berkesan kerana SukaGuam merupakan NGO berasaskan undang-undang.

The Malaysian Insider

                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.