Cari Blog Ini

Tony Fernandes Kecewa Sikap Ahli Politik Di Negara Ini


Tony Fernandes
[mstar]- Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes menyatakan rasa kecewa terhadap ahli politik yang gagal meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan mereka.

Dalam beberapa siri twitnya, beliau mempersoalkan jika terdapat sebuah parti politik di Malaysia yang akan meletakkan kepentingan rakyat melebihi cita-cita mereka sendiri.

"Ini adalah keadaan yang amat pelik di Malaysia, Tidak ada akauntabiliti, Tiada siapa yang mendahulukan rakyat, Ia adalah tempoh yang mengecewakan.

"Kerajaan dan pembangkang menghabiskan banyak masa terhadap bangsa dan agama, Adakah terdapat sebuah parti di Malaysia yang betul-betul mendahulukan rakyat.

"Pendidikan yang baik, hospital yang baik, pengagihan kekayaan yang adil, ekonomi yang mencipta banyak peluang pekerjaan, kerajaan bersih dan jujur. Kepimpinan yang telus," kata beliau dalam laman Twitternya.

Beliau turut menceritakan kejayaan syarikat penerbangannya dengan berkata: "Dimana semua rakyat Malaysia menghormati budaya dan agama antara satu sama lain tetapi bekerjasama untuk manfaat semua. Jika anda memerlukan contoh, lihatlah AirAsia.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau businessman ber satu kluar modal keluar melabor di negara lain , runtuh lah ekonomi negara

1MDB SRC PFI hutang sudah lebih 80 Bilion

Tol highway akan naik , nanti Sholat MASJID SURAU pun kena bayar caj

Tandas Awam sekarang pon sudah kena bayar

Pemimpin Politik nak kaya ber gaya Anak Bini tapi Rakyat pulak kena tanggung

Tak ubah macam ZAMAN JAHILIYAH

PAS dan UMNO sama saja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.