Cari Blog Ini

Tidak Hadir Forum : Najib Di Cemuhan


Datuk Seri Najib Razak tidak hadir forum ‘Nothing to Hide’ semalam untuk menjawab soalan mengenai isu semasa, terutama dalam hal berkaitan syarikat sarat hutang 1MDB. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Jun, 2015.
Tidak hadir forum jejas kredibiliti Najib, kata penganalisis
Sehari selepas mengisytiharkan pada perhimpunan di Sarawak beliau mempunyai "semangat pahlawan", ketidakhadiran Datuk Seri Najib Razak pada forum semalam yang dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjejaskan kredibiliti dan merosakkan nama baiknya, kata penganalisis.

Walaupun terdapat kebimbangan dari segi keselamatan, mereka berkata perdana menteri sepatutnya membuktikan kehebatan pahlawannya dengan berbincang dengan pengkritiknya dan menjawab soalan mengenai isu semasa, terutama dalam hal berkaitan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sambil menyifatkan keputusan Najib untuk tidak menghadiri dialog itu sebagai "memalukan", penganalisis Wan Saiful Wan Jan berkata ia boleh merosakkan nama baik perdana menteri di dalam dan luar negara.

"Orang akan melihat beliau mempunyai sesuatu untuk disembunyikan... ia sudah rosak, Reputasinya tidak mampu diselamatkan lagi.

"Sudah tentu, saya rasa beliau akan terus berkuasa, tetapi masa dia tak lama lagi, Ini sebenarnya bukan lagi mengenai fakta, tidak kira apa yang beliau kata lagi.

Jika beliau berkata benar sekalipun, akhirnya ia semua tentang persepsi," kata ketua pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).

Pada masa yang sama, Wan Saiful berpendapat Dr Mahathir tidak sepatutnya menghadiri acara itu, bagi menjaga status negarawan beliau.

Najib dijadualkan menghadiri forum “Nothing to Hide” anjuran pertubuhan bukan kerajaan SukaGuam semalam, tetapi menarik diri atas nasihat Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengarahkan forum itu dibatalkan atas alasan "ketenteraman awam dan keharmonian negara".

Majlis tersebut ditangguhkan dan Dr Mahathir sebaliknya mengambil tempat untuk berucap sebelum polis bertindak menghentikannya di hadapan lebih 1,000 orang hadirin.

Wan Saiful berkata, Najib sepatutnya hadir pada forum itu, berdepan dengan Dr Mahathir dan membentangkan kesnya dengan berhemah.

"Beliau boleh menang perbahasan itu, mengatasi Dr Mahathir, jika beliau memberikan jawapan kepada semua persoalan kita mengenai 1MDB," katanya.

Pendapat ini dikongsi Pengarah Institut Asia Universiti Tasmania Dr James Chin, yang bersetuju kegagalan itu satu bencana perhubungan awam.

 "Ia satu tindakan pengecut. Ini menunjukkan ada perkara yang hendak disembunyikan mengenai 1MDB.

"Beliau tidak muncul kerana tidak mahu menghadapi Dr Mahathir, beliau tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan," katanya.

Sambil mengakui ketidakhadiran Najib itu memberi gambaran perdana menteri melarikan diri, penganalisis Ibrahim Suffian berkata, kemelut semasa antara beliau dan Dr Mahathir mungkin akan menjadi pergaduhan yang berlarutan.

Oleh itu, Najib perlu memastikan beliau boleh terus bertahan untuk "berlawan" satu hari nanti.
"Saya agak bersimpati terhadap perdana menteri.

Bukannya beliau tidak bersedia untuk melawan, tetapi beliau akan terpaksa cuba menjawab soalan daripada orang ramai yang sangat meraguinya.

"Perlu ada peluang baginya untuk menyatakan kesnya dan bukan menjadikannya seperti pertunjukan Jerry Springer di mana protagonis dan antagonis dibawa bersemuka," katanya, merujuk kepada program bual bicara Amerika yang terkenal kerana kontroversi dan faktor kejutan.

Pengarah Merdeka Center berkata, penganjur tidak memahami implikasi mengumpulkan 2 personaliti besar di satu tempat untuk membincangkan isu yang lebih besar daripada kedua-dua mereka itu.

"Isu ini serius dan lebih besar daripada dinamika antara perdana menteri dan Dr Mahathir, dan tumpuan forum itu mungkin akan beralih dari isu sebenar dan sebaliknya menekankan kepada drama peribadi antara kedua-duanya.

"Bagi saya, ia satu kerugian kepada orang ramai," kata beliau sambil menambah Najib perlu membuat satu lagi percubaan melibatkan rakyat tetapi acara itu perlu lebih teratur.

Dr Oh Ei Sun berkata, walaupun pertemuan bersemuka antara Najib dan Dr Mahathir sesuatu yang kini makin tidak dapat dielakkan, ia perlu diadakan dengan cara lebih tertib seperti menerusi perbincangan di kaca televisyen.

"Jika saya menjadi beliau (Najib), saya akan kata, majlis yang agak janggal ini bukan forum yang sesuai untuk menjernihkan keadaan.

"Sebaliknya, dengan menjemput Dr Mahathir ke perbincangan yang disiarkan di televisyen dapat menghalang bencana perhubungan awam itu," kata felo kanan Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang itu.

- The Malaysian Insider


Kenyataan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenaan forum ‘Nothing to Hide’ yang gagal dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pagi tadi. – Gambar Facebook, 5 Jun, 2015.
Kenyataan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenaan forum ‘Nothing to Hide’ yang gagal dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pagi tadi. – Gambar Facebook, 5 Jun, 2015.
                           Tunku Mahkota Johor kritik Najib kerana tak muncul

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi suara pertama kerabat diraja yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana gagal menghadiri dialog “Nothing To Hide” anjuran SukaGuam pagi tadi.

Menurut Tunku Ismail, sudah dijangkakan Najib yang seharus menjelaskan tentang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pagi tadi dan turut dihadiri pengkritik utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pagi tadi.

“Bagaimana boleh diadakan suatu dialog bertajuk 'Nothing2Hide' dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya?

“Tentu sekali dia tidak akan muncul,” titah baginda dalam akaun Facebook Johor Southern Tigers.

Najib dikatakan tidak hadir selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan pembatalan program itu atas alasan keselamatan.

Tunku Ismail juga mengingatkan supaya pihak yang diberi amanah tidak menyalahkan rakyat kerana hilang kepercayaan.

“Kepada mereka yang diberikan amanah, jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda,” titahnya.

The Malaysian Insider


Hampir lebih 3 ribu lebih komen daripada orang ramai yang kebanyakannya melahirkan rasa tidak puas hati kepada Datuk Seri Najib Razak. – Gambar Facebook, 5 Jun, 2015.
Hampir lebih 3 ribu lebih komen daripada orang ramai yang kebanyakannya melahirkan rasa tidak puas hati kepada Datuk Seri Najib Razak. – Gambar Facebook, 5 Jun, 2015.
         Najib jadi cemuhan di Facebook selepas beri alasan tidak hadir dialog

Pengguna laman sosial melontarkan rasa tidak puas hati kepada Datuk Seri Najib Razak dan mencemuh beliau pada statusnya di Facebook dengan memberi alasan tidak hadir program dialog yang dibatalkan pagi tadi.

Perdana menteri yang dijadualkan hadir dalam program pagi tadi gagal hadir atas alasan faktor keselamatan, malah pihak polis juga mematikan mikrofon Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang berucap atas pentas.

Najib dalam status akaun Facebook menulis: "Saya sentiasa bersedia dan komited untuk berjumpa dan berdialog dengan badan-badan bukan kerajaan bagi membicarakan perkara berkaitan negara dan masyarakat.

"Apapun perjumpaan dan dialog tersebut hendaklah berjalan dalam suasana yang tenang dan baik agar membawa kepada perbincangan yang berfaedah pada kita semua.

Jika kita ikhlas dan bersikap terbuka perbincangan dan dialog boleh bawa kebaikan bersama."

Bagaimanapun, pengguna laman sosial itu mencemuh Najib dengan pelbagai kritikan, rata-rata memerli kenyataan "pahlawan" yang dibuat oleh beliau semasa di Sarawak tempoh hari.

"Jibby2..drah pahlawan ke darah dara perawan?" kata seorang pengguna Facebook, Engr R Effendy.

Seorang lagi pengguna Facebook mencemuh Najib dengan mengatakan seorang pahlawan tidak akan mengakui dirinya sebagai pahlawan sehingga terbukti kepahlawanannya.

"Pahlawan tak menggelarkan dirinya pahlawan...," kata pengguna Facebook Archer Law.

Sementara itu seorang lagi pengguna Facebook, Khairul Fauzi Hj Muhammud pula membandingkan Najib dengan lima pahlawan terbilang Melayu yang terkenal.

"Dalam sejarah melayu, ada 5 pahlawan Tetapi daripada lima pahlawan , HANG TUAH,HANG JEBAT,HANG LEKIR,HANG LEKIU ada satu masih tinggal.

Iaitu HANG PI MANA NAJIB?" kata Khairul.

Setakat artikel ini ditulis, hampir 3 ribu lebih komen daripada orang ramai di mana rata-ratanya melahirkan rasa tidak puas hati kepada Najib.

- The Malaysian Insider



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.