Cari Blog Ini

Teguran Nazri Aziz Terhadap TMJ Menunjukkan Menteri Umno BN Sombong Dan Angkuh



Jangan campuri politik atau kena 'belasah'

[mk]- Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim diminta supaya tidak campur tangan dalam urusan politik negara atau beliau akan dikecam, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.

"Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik.

Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama, Kita akan whack (belasah secara lisan) dia.

"Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang (justeru tidak sepatutnya campur tangan dalam politik).

Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu, Kemudian kita boleh menjawab balik.

"Jika kamu memegang jawatan penting sebagai keluarga diraja di negeri dan kamu mula mengulas (politik)... kalau kerajaan 'belasah' kamu balik, jangan marah," katanya dalam sidang media di Universiti Malaya hari ini.

Nazri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tunku Ismail awal bulan ini berhubung ketidakhadiran Najib dalam program dialog Nothing2Hide.

Menurut Tunku Ismail, orang yang ingin menyembunyikan segala-galanya tentu sekali tidak akan muncul.

Tunku Ismail menjadi kerabat pertama menyatakan perasaan tidak senangnya dalam isu itu, yang sekali gus dilihat tamparan hebat kepada pentadbiran Najib yang tidak berhenti diasak dalam isu 1MDB.


                                                    TMJ Beri 'Isyarat' 

[mstar.]- Video berdurasi 17 saat yang memaparkan aksi tanpa suara Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi tafsiran yang mendalam.

Menerusi posting di Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail dilihat duduk di atas kerusi sambil menghadap ke arah taman.

Sambil tersenyum, Tunku Ismail kemudiannya memandang ke arah kamera dan menggamit tangan.

Sehingga berita ini ditulis, video yang dimuat naik di sejak Sabtu malam itu ditonton lebih 140,000 pengguna media sosial.

Video yang mendapat ribuan komen oleh netizen antara lain mengaitkan video berkenaan sebagai isyarat jawapan kepada amaran yang diberikan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz kepada Tunku Ismail.

Awal hari ini, Nazri dilaporkan meminta Tunku Ismail supaya tidak campur tangan dalam urusan politik negara, jika tidak beliau akan dikecam.

“Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik, Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama, Kita akan whack (belasah) dia.

“Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang, Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu, Kemudian kita boleh menjawab balik.

“Kamu memegang jawatan penting di negeri...kalau kerajaan “belasah” kamu balik, jangan marah,” kata Nazri di Universiti Malaya pada Sabtu.

Nazri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tunku Ismail awal bulan ini berhubung ketidakhadiran Najib dalam program dialog Nothing2Hide.


                                             TMJ Ada Hak Kritik - Tun M 

[mstar]- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga mempunyai hak kebebasan bersuara.

"Selagi kerajaan mengamalkan kebebasan bersuara, Tengku Mahkota Johor itu juga mempunyai hak untuk bersuara... melainkan ada undang-undang yang melarang baginda untuk bebas bersuara," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ceramah Dangerous Ideas di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz yang meminta Tunku Ismail supaya tidak campur tangan dalam urusan politik negara atau beliau akan dikecam.

Terdahulu Nazri berkata Tunku Ismail perlu menjauhkan diri daripada politik dan jika tidak, beliau akan  'dibelasah'.

“Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang, Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.

“Kamu memegang jawatan penting di negeri… kalau kerajaan “belasah” kamu balik, jangan marah,” katanya Nazri.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Nazri yang menegaskan Dr Mahathir hanyalah rakyat biasa dan tidak layak berdebat dengan perdana menteri, beliau mengakui sekadar rakyat biasa tetapi ideanya mendapat sokongan ramai.

"Dia (Nazri) kata begitu kerana mewakili orang yang membayarnya. Saya tiada siapa untuk dibayar. Tapi apabila saya lihat blog saya dalam masa sejam, kira-kira 1 juta rakyat menyokong saya.

"Adakah saya bersendirian? Saya fikir tidak. Saya rakyat biasa tetapi ramai yang menyokong idea saya.

Apabila saya kata saya sendirian, mereka (rakyat) kata saya tidak sendirian, Saya tidak fikir saya bayar mereka," katanya dalam nada sinis.

Terdahulu, Nazri menegaskan Dr Mahathir hanyalah rakyat biasa dan tiada untuk berdebat dengan perdana menteri.

"Saya tidak mahu perdana menteri merendahkan dirinya kerana beliau adalah PM manakala Dr Mahathir hanyalah rakyat biasa," kata Nazri.

                   

                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.