Cari Blog Ini

Selepas Mat Sabu Letak Jawatan, Mujahid Pula Letak Jawatan Dari Kerajaan DAP Pulau Pinang


Mujahid pula letak jawatan dari k'jaan DAP
[mk]- Selepas Mohamad Sabu, seorang lagi pemimpin progresif PAS  meletakkan jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang.

Anggota Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa mengesahkan mengosongkan semua jawatannya dalam kerajaan negeri, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

"Ya, semua jawatan rasmi,” katanya ketika ditanya sama ada beliau benar-benar mengambil keputusan itu.

Mohamad dalam ucapan penggulungan di muktamar PAS 6 Jun lalu mengumumkan akan meletakkan jawatan daripada kerajaan Pulau Pinang selepas usul memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas.

Beliau berkata berbuat demikian sebagai tanda taatkan ulama.

'Undurlah demi maruah'

Mujahid kini menyandang jawatan sebagai anggota lembaga Yayasan Islam Pulau Pinang dan ahli lembaga pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang, bawah kelolaan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Katanya langkah itu diambil selari dengan keputusan muktamar dan berharap pemimpin lain mempunyai semangat sama.

"Saya letak jawatan kerana saya dilantik atas kapasiti parti,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataannya awal malam ini, Mujahid berkata usul dalam muktamar baru-baru ini bermaksud PAS sudah hilang kepercayaan kepada Pakatan.

“Sebagai memenuhi keputusan muktamar yang merupakan keputusan tertinggi parti adalah bermaruah saya melepaskan jawatan yang dilantik atas kapasiti parti,” katanya,

“Semoga keputusan ini memberi semangat kepada rakan-rakan lain yang terlantik atas kapasiti parti PAS sebagai salah satu anggota kerajaan Pakatan untuk melepaskan jawatan bagi memelihara maruah parti yang disayangi dan terhormat." 


* Putus Hubungan Dengan DAP : Kepimpinan Baharu PAS Tersepit ! 
* PAS : Golongan Progresif Perlahan-Lahan Menjarakkan Diri Daripada Kepimpinan Pusat ! 
* PAS : Tuduhan Terhadap Golongan Progresif Untuk Mencapai Kedudukan 

                           

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.