Cari Blog Ini

Selagi Lembu Tinggal Di Kondo, Jangan Mimpi RMK 11 Tercapai



[kd]- Rancangan Malaysia ke 11 (RMK-11) tidak akan tercapai selagi kerajaan tidak meletakkan keutamaan kepada tadbir urus yang baik dan menyelesaikan isu rasuah, kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

“Selagi PM atau kerajaan Barisan Nasional masih tidak berani meletakkan terasnya dalam urus tadbir yang baik, jadi saya rasa ini tidak boleh tercapai Malaysia maju 2020.

“Selagi kita ada kes (rasuah) yang tidak dapat diselesaikan, selagi ada lembu tinggal di kondo, ada jet tapi tidak ada enjin, ada orang mati tapi tiada pembunuh, selagi itu RMK 11 jangan bermimpi untuk dicapai,” katanya ketika membahaskan RMK11 di parlimen hari ini.

Zuraida berkata, kerajaan perlu meletakkan keberanian melakukan urus tadbir yang baik agar tidak hilang kepercayaan di kalangan rakyat.

“Jadi sekiranya tidak ada keberanian untuk meletak terasnya pada urus tadbir yang baik, saya rasa perkara ini akan terus bertindih-tindih dan tidak akan tercapai seperti yang telah dijawab oleh menteri di mana pencapaian RMK10 hanya baru dicapai 60% sahaja,” katanya.

Zuraida turut mempersoalkan cara tadbir Malaysia kerana menurutnya semasa tahun 1970 an negara seperti Korea, Singapura dan Taiwan berada di belakang Malaysia namun kini telah meninggalkan negara jauh ke belakang.

“Acuan Malaysia yang tak berani banteras kronisme, banteras korupsi, tak berani banteras rasuah, tak berani banteras salahgunakuasa dan ketidakcekapan.

“Ini lah acuan malaysia, Jadi adakah ini kita nak teruskan? Kalau acuan ini tidak ada, negara kita akan maju dari negara yang saya sebut tadi,” jelasnya.

[gambar fail]
[gambar fail]

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.