Cari Blog Ini

Rombakan Kabinet Dijangka Lepas Aidilfitri, Kata Akhbar Pro Kerajaan


Spekulasi akan berlaku rombakan Kabinet terutama membabitkan menteri di kalangan Umno semakin hangat diperkatakan dan dijangka berlaku lepas Aidilfitri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Jun, 2015.
Spekulasi akan berlaku rombakan Kabinet terutama membabitkan menteri di kalangan Umno semakin hangat diperkatakan dan dijangka berlaku lepas Aidilfitri
Desas-desus kemungkinan Kabinet akan dirombak semakin hangat diperkatakan dan dijangka berlaku seawal selepas sambutan Aidilfitri, lapor akhbar pro kerajaan New Straits Times hari ini.

Memetik sumber, laporan itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merahsiakan perkara berkenaan, tetapi mungkin akan merombak Kabinet untuk menunaikan janji yang dibuat semasa pilihan raya.

Najib dilihat sudah mempertimbangkan idea tersebut sebelum ini untuk merombak jawatan menteri dalam kalangan Umno tetapi rancangan itu dibatalkan kerana "keadaan yang tidak diduga".

Rombakan tersebut akan menyaksikan perubahan portfolio membabitkan seorang atau 2 menteri yang akan digantikan dengan wajah baharu.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menafikan rombakan Kabinet akan berlaku.

Bagaimanapun, terdapat spekulasi di mana Najib akan mengubah barisan Kabinetnya ketika beliau di bawah penelitian yang parah dalam cara kerajaan mengendalikan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Kabinetnya sendiri, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkritik 1MDB.

Jumlah hutang 1MDB terkumpul sebanyak RM42 bilion hanya dalam masa 6 tahun, Najib merupakan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

The Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.