Cari Blog Ini

Pro Ulama Menang Besar Dalam Pemilihan Dewan Pemuda PAS


Nik Abduh menang Ketua Pemuda Pas

Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz (429 undi) mengalahkan penyandang Suhaizan Kaiat (262 undi) dengan majoriti 167 undi.

Bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda, masing- masing Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Khairil Nizam Khirudin mengekalkan jawatan mereka.

Khalil, yang juga merupakan anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mendapat 435 undi, menewaskan pencabarnya Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob yang memperoleh 257 undi.

Bagi Khairil Nizam Khirudin pula, beliau meraih 458 undi manakala pencabarnya Nor Azman Mohamed mendapat 235 undi.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Dewan Pemuda PAS Pusat Dr Zulkarnain Lukman mengumumkan keputusan tersebut sekitar jam 6.20pm petang tadi.

Sebanyak 738 perwakilan termasuk exco Pemuda PAS layak mengundi bagi memilih barisan kepimpinan baharu termasuk 12 Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat Dewan Pemuda PAS bagi sesi 2015 hingga 2017.

Berikut senarai penuh Anggota Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2015-2017 :-

Pengerusi Tetap : Kamal Ashaari

Timbalan Pengerusi Tetap : Dr Riduan Mohd Noor

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat : Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat : Muhammad Khalil Abdul Hadi

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat : Khairil Nizam Khirudin

Anggota Jawatankuasa Kerja :-

1. Afnan Hamimi Taib Azamudden
2. Ahmad Fadhli Shaari
3. Hishamudin Abdul Karim
4. Izwan Abd Halim
5. Mohd Azam Abd Samad
6. Mohd Hafez Sabri
7. Mohd Zawawi Abu Hassan
8. Muhtar Suhaili
9. Nurul Islam Mohamed Yusof
10. Syahir Che Sulaiman
11. Syarhan Humaizi Abdul Halim
12. Syed Abdul Kadir Al-Joofree

Tumpuan kini beralih kepada Muktamar Pas Pusat yang ke-61.

astro awani

* Golongan Pro Ulama Sapu Bersih Jawatan Wanita PAS


                    

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.