Cari Blog Ini

Pemimpin PAS Yang Dilihat Pro-Pakatan Sedang Mempertimbangkan Untuk Meletak Jawatan !


Mazlan Aliman mungkin letak jawatan
[mk]- Satu-satunya pemimpin PAS yang dilihat pro-Pakatan Rakyat, Mazlan Aliman, sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk meletak jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat PAS.

"Krisis parti memberi kesan yang mendalam kepada saya. Sebagai ahli PAS sejak 1986, situasi sekarang paling mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

"Tambahan pula rakan seperjuangan saya yang banyak berkorban selama beberapa dekad kalah semuanya dalam pemilihan. Saya sedih dengan situasi ini dan ia menjejaskan emosi saya," katanya.

Justeru, kata Mazlan, dia akan membuat penguman mengenai masa depannya dalam jawatankuasa pusat parti itu apabila tiba masa yang sesuai.

Pada masa sama, Mazlan yang sebelum ini banyak memperjuangkan isu peneroka Felda tetap menghargai sokongan diberi perwakilan terhadap dirinya.

Tumpu isu Felda

Katanya walau apa pun keputusannya nanti, dia akan tetap memperjuangkan Islam dan rakyat.

Untuk sementara, katanya, dia ingin memberikan tumpuan kepada Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang banyak membantu PAS mendapat sokongan di kawasan tanah rancangan kerajaan.

Selama ini Felda adalah antara kubu kuat kepada BN.

Mazlan berkata, menguatkan ANAK dan menangani isu berkaitan Felda Felda Global Ventures serta kebajikan peneroka menjadi tumpuan utamanya kini.

Dalam pemilihan semalam, seluruh tokoh progresif yang bertanding disingkirkan kumpulan proulama, Hanya Mazlan bernasib baik kerana 'terselamat'.

Perwakilan dikatakan membuat pilihan berdasarkan senarai dikeluarkan kumpulan konservatif yang diedarkan melalui saluran media sosial rasmi.

Selain jawatankuasa pusat, kumpulan konservatif turut menguasai pergerakan pemuda, muslimat dan dewan ulama.

PAS : Golongan Profesional Bakal Di Pinggirkan !

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.