Cari Blog Ini

PasMa Tubuh Parti Baharu Selepas Aidilfitri


Pasma tubuh parti baharu selepas Aidilfitri

[sinar]- Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) hari ini  ‎mengumumkan bahawa pihaknya akan menggerakkan satu usaha bagi membolehkan sebuah parti baharu ditubuhkan.

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, pada dasarnya PR sudah terkubur oleh itu satu parti baharu perlu ditubuhkan bagi menghidupkan semula PR.

"Dengan  senario politik yang dibahaskan wakil negeri Pasma tadi, maka Pasma telah mengambil ketetapan bahawa sebuah parti politik baru perlu ditubuhkan.

"...kita mengambil pendirian sebuah pakatan baru perlu ditubuhkan dengan persetujuan lebih mantap membaiki pakatan lepas, kita cadangkan PR baru," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Pahrolrazi berkata parti itu akan diumumkan selepas hari raya Aidilfitri ini selepas satu jawatankuasa peneraju mengadakan pertemuan dan perbincangan sepanjang bulan puasa ini.

"Parti itu akan dianggotai oleh golongan yang proPR, serta NGO-NGO yang proPR," katanya lagi.

Sementara itu dalam sidang media yang sama Pahrolrazi menegaskan, Pasma akan kekal sebagai sebuah NGO dan tugas Pasma hanya menjadi platform ke arah penubuhan parti baharu tersebut.

                    

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.