Cari Blog Ini

PAS : Kumpulan Ulama Sapu Bersih Jawatan Pusat


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memasukkan kertas undi dalam peti ketika proses mengundi di Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor, semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Jun, 2015.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memasukkan kertas undi dalam peti ketika proses mengundi di Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor, semalam
Akhirnya, perwakilan Muktamar Tahunan Pas 2015, membawa 'suara' ahlinya yang jelas mahu golongan ulama memimpin parti itu.

Majoriti 1,189 perwakilan, jelas menolak golongan bukan ulama, yang dilihat pro kepada DAP, sekutu mereka dalam pakatan pembangkang yang menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 68, menang jawatan presiden parti bagi penggal 2015-2017, sekali gus melakar rekod peneraju paling lama berbanding tiga lagi bekas presiden sebelum ini.

Penyandang tiga penggal jawatan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, yang secara terbuka mengkritik kepimpinan Abdul Hadi sebelum ini, turut ditolak perwakilan.

Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tokoh ulamak dalam Pas, yang bertanding menentang Mohamad Sabu, dipilih sebagai Timbalan Presiden yang baharu.

Tiga jawatan Naib Presiden turut dimenangi golongan pro ulama.‎ Mereka ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Idris Ahmad dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Dua penyandang naib presiden yang dilihat sebagai golongan profesional dalam Pas, iaitu Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub, tewas.

Pensyarah kanan Sains Politik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu, Che Hamdan Che Mohd Razali ketika mengulas perkembangan itu menyifatkan sentimen anti DAP dan hukum hudud merupakan faktor utama kemenangan kumpulan ulama.

"Bila perwakilan didominasi kumpulan konservatif, maka hudud adalah faktor utama yang menjadi pertimbangan mereka.

Bagaimanapun, keputusan undi untuk penyandang naib presiden amat mengejutkan kerana mereka mendapat undian tercorot," katanya kepada Bernama.

Sebelum ini, Pas dipimpin oleh barisan kepimpinan bercampur antara kumpulan ulama dan profesional khususnya bagi beberapa jawatan utama parti.

Pemilihan pucuk pimpinan pusat menyaksikan sebanyak 23 jawatan dipertandingkan meliputi jawatan presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 18 jawatan anggota Jawatankuasa Kerja Pas pusat.

- Bernama


                                        Tuan Ibrahim tewaskan Mat Sabu

Jawatan Timbalan Presiden Pas beralih tangan apabila penyandangnya, Mohamad Sabu kalah dengan pencabarnya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu hanya meraih 279 undi berbanding Tuan Ibrahim yang mendapat 881 undi.

Jawatan tersebut sebelum ini pernah disandang oleh Nasharudin Mat Isa.

Manakala, jawatan Naib Presiden berjaya dimenangi oleh Idris Ahmad dengan 896 undi, Datuk Iskandar Samad (672) dan Datuk Mohd Amar Abdullah (710).

Tiga pencabar lain termasuk dua penyandangnya, Salahuddin Ayub (435) dan Datuk Husam Musa (317) gagal mempertahankan kedudukan.

Datuk Mahfuz Omar juga tewas dengan hanya mendapat 378 undi.


                                  Abdul Hadi kekal Presiden, kalahkan Ahmad Awang

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mempertahankan jawatannya bagi penggal 2015-2017 dengan menewaskan Ahmad Awang.

Beliau memperolehi 928 undi untuk menewaskan pencabarnya yang mendapat 233 undi, Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Asmuni Awi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas kekal dalam PR selagi tak langgar syarak]
 
Pengumuman keputusan itu disambut laungan takbir daripada beberapa penyokong Abdul Hadi yang masih berada di stadium tersebut.

Kemenangan Abdul Hadi telah dijangka ramai pihak sejak Ahmad mengumumkan untuk mencabar Ahli Parlimen Marang itu.

‎Kira-kira jam 4 petang tadi, seramai 1162 perwakilan telah membuang undi.

* Pro Ulama Menang Besar Dalam Pemilihan Dewan Pemuda PAS
* Golongan Pro Ulama Sapu Bersih Jawatan Wanita PAS


                    

                    

                    

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.