Cari Blog Ini

PAS : Golongan Progresif Perlahan-Lahan Menjarakkan Diri Daripada Kepimpinan Pusat !



[mk]- Tiada tanda-tanda PAS akan berpecah susulan pembersihan penuh kumpulan ulama dalam parti itu susulan keputusan pemilihan Jumaat lalu.

Tetapi mungkinkah pemimpin yang dianggap daripada kem pencabar presiden Ahmad Awang perlahan-lahan menjarakkan diri daripada kepimpinan pusat?

Ketika Mazlan Aliman, satu-satunya calon pro-Pakatan Rakyat yang terpilih, masih berkira-kira meletakkan jawatan, pemimpin muda PAS daripada Sarawak Abang Ahmad Kerdee Masagus pula mengumumkan haluannya.

Setelah 12 tahun terlibat dalam kepimpinan pelbagai peringkat, Ahmad Kerdee berkata beliau kini tidak akan menerima lagi sebarang pelantikan ke dalam PAS negeri, sayap Pemuda mahupun jawatankuasa pusat.

Dalam kenyataannya, beliau memberikan alasan mahu memberi tumpuan terhadap dua kawasan pilihan raya PAS di Sarawak, iaitu Beting Maro dan Sebuyau.

“Keputusan ini pada saya, yang terbaik untuk diri saya buat masa ini.

“Boleh jadi sahabat-sahabat dan teman- teman pimpinan punya pandangan yang berbeza, saya mohon untuk dihormati pendirian ini dan beri peluang kepada saya bergerak ke hadapan dalam 'zon khas' bagi sesi ini.

Jawatan terakhir peguam itu sebagai anggota jawatankuasa pusat, Beliau juga anak Sarawak pertama dilantik ke jawatan itu.

Dalam pemilihan kali ini beliau bertanding mempertahankan jawatannya tetapi kalah selepas kumpulan proulama mencapai kemenangan besar hampir seratus peratus.

PAS : Golongan Profesional Bakal Di Pinggirkan !
* Memutuskan Hubungan Dengan DAP : Mat Sabu Terpaksa Lepas Jawatan Di Pulau Pinang
* Pemimpin PAS Yang Dilihat Pro-Pakatan Sedang Mempertimbangkan Untuk Meletak Jawatan !

2 ulasan:

Delores Hope berkata...

Nice, saya benar-benar suka it.if anda suka laman web kami, sila ikuti: http://www.robesdemariee2013.com/

mohd shahran berkata...

pas sebelum 2015 cerdik membawa masuk wakil sarawak dalam ajk bagi mewakili negeri sarawak. pas pasca 2015 begitu tolol disebabkan tak syarie tak berserban atau jubah dibuang wakil dari sarawak.. siapa yang akan bawa suara dari sarawak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.