Cari Blog Ini

Muktamar Tahunan PAS Ke-61 : Mat Sabu Menyelitkan Sindiran Tajam Kepada Golongan Pro Ulama !


'Jangan curah asid kepada yang nak pergi'
[mk]- Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyampaikan ucapan terakhirnya di muktamar PAS di Kuala Selangor penuh dengan sindiran selepas kalah mempertahankan jawatan tersebut.

Dengan nada yang sayu dan kecewa, beliau menggunakan perkataan, pepatah atau frasa penuh bermakna dan memedihkan bagi menggambarkan perasaannya.

Antara frasa terebut ialah "kita kuat jika tidak dalam Pakatan", "mencurah asid orang yang keluar rumah" dan "berseorangan untuk mencari reda Allah".

"Kami telah lama berada di pentas ini. Lebih 20 tahun, jadi macam-macam, Kemudian tuan baru nak duduk rumah ini, jadi kami kena tinggal rumah itu.

"Selalunya orang yang nak tinggalkan rumah, berilah sedikit bekalan supaya dapat berpindah dengan baik, Jangan curah asid kepada yang nak pergi, kita perlu bersikap terbuka," katanya.

Patah sayap, dengan paruh datang

Kemudian beliau menyindir pihak yang menuduhnya 'Ketua Jebon' bagi kumpulan Hawaii Five-O yang didakwa kumpulan konservatif kononnya merancang menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden.

Untuk menyelesaikan dakwaan itu, Mohamad berkata, sebuah jawatankuasa siasatan perlu ditubuhkan.

Katanya, pihak yang dituduh cuba menggulingkan Abdul Hadi sedia memberi keterangan di depan jawatankuasa berkenaan.

"Patah sayap, dengan paruh aku datang, Patah dayung, dengan jari kudayung, Saya hadapi jawatankuasa bebas untuk siasat.

"Fitnah amat pedih, kita lalui dengan sabar," katanya bagi menyampaikan ucapan penggulungan sebagai pengerusi mobilisasi demokrasi dengan nada sayu.

Mengenai sesetengah ahli yang berpendapat PAS semakin kuat jika tidak bersama Pakatan Rakyat, Mohamad turut menyelitkan sindiran tajam kepada golongan berkenaan.

"Lawan kita Umno dan BN, DAP ini parti kecil, Kita boleh siku dia, kita jatuh dia dan kita karate dia.

Kalau dulu baca doa cemuh, sekarang kita ada lutut, siku, dan karate, Kita lebih kuat, jangan bimbang," katanya sinis.

Semalam wakil Dewan Ulama PAS, Nasruddin Hassan memberi amaran kepada DAP supaya tidak mencabar kesabaran anggota sayap parti itu.

"Saya rayu janganlah cabar kesabaran kami. Walaupun kami dari Dewan Ulama yang rata-ratanya memakai kopiah, serban, berjubah, tetapi ingat dalam jubah ini ada siku dan lutut yang masih kita belum guna lagi," katanya ahli parlimen Temerloh itu sambil mendapat laungan takbir daripada  perwakilan dan pemerhati.



Nasrudin Hassan Thantawi
Perwakilan Dewan PAS Ulama Nasrudin Hassan Thantawi menyampaikan ucapan penggulungan persidangan hari kedua Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor hari ini
                                   Pas ada jurus siku dan lutut depani DAP

[sinar]- Setelah 'ditampar' berkali-kali di kiri dan kanan, akhirnya Pas kembali membalas tamparan tersebut.

Demikian hujah AJK Pas Pusat, Nasruddin Hassan ketika menyampaikan ucapan pada sesi perbahasan di Muktamar Pas Pusat di sini, hari ini.

"DAP putuskan hubungan dengan PR di Sabah dan Sarawak tetapi DAP Semenanjung masih kekal dalam PR, DAP juga putuskan hubungan dengan Presiden Pas tapi masih teruskan kerjasama dengan Pas. Tak ke pelik itu?

"Dia (DAP) tampar kita berkali-kali kiri kanan, kita kata jangan. Dia tampar kita lagi, kita kata jangan.

Akhirnya kita tampar dia sekali baru dia tahu rasa kena tampar," katanya yang disambut sorakan para perwakilan dan pemerhati.

Melalui hujah sama, Nasruddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh itu meminta agar DAP tidak mencabar kesabaran Pas.

"Saya minta sungguh2 jangan cabar kesabaran kami, "Walaupun kami rata-rata pakai serban tapi dalam jubah ada lutut dengan siku yang boleh diguna," katanya.

                   

                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.