Cari Blog Ini

Muktamar Tahunan PAS Ke-61 : Dr Hatta Ramli Sindir Perwakilan Sabah, "Nak Cari Deposit Pun Payah"


'Nak cari deposit pun payah...'
[mk]- Pengerusi Lajnah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli memberi peringatan kepada perwakilan supaya memberi cadangan yang berasas dan tidak secara emosi berhubung isu pilihan raya.

Beliau berkata, cadangan perwakilan dari Sabah yang memberi amaran bahawa PAS akan bertanding di 32 kerusi di Sabah pada pilihan raya umum depan dilihat tidak berasas.

"Nak cari deposit untuk 11 kerusi pun payah, sampai ada yang hilang deposit, Untuk dua kerusi parlimen untuk kita adakan perbincangan cukup rapi.

Dr Hatta Ramli
"Jangan sebab marah, letak cadangan begitu, Letak cadangan biar berasas," katanya dalam ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-61.

Semalam perwakilan Sabah memberi amaran kepada DAP dan PKR bahawa PAS mungkin akan bertanding kesemua 32 kerusi DUN dalam pilihan raya umum.

Mohd Zulfikar Abd Mijan berkata tindakan itu susulan sekutu mereka itu enggan memohon maaf kerana “menendang” PAS Sabah daripada Pakatan Rakyat susulan isu hudud di Kelantan.

Justeru Ahli Parlimen Kuala Krai itu untuk berharap pengerusi baru lajnah pilihan raya PAS supaya memastikan undian daripada kaum bukan Melayu tidak berkurangan pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Malah beliau juga berharap agar jawatankuasa yang baru dapat melakukan tugasan dengan lebih baik.

"Kalau hilang kepercayaan daripada pengundi bukan Islam di atas kertas, kita akan kalah pada pilihan raya umum ke-14.

"Terima kasih kepada PAS menjadi tempat saya berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa selama 18 tahun dan di Pemuda PAS banyak tahun.

"Dan jumlah keseluruhannya dalam 30 tahun (di dalam PAS). Mungkin dengan orang baru akan ambil alih dan dapat laksanakan dengan lebih baik," katanya lagi.

                          

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.