Cari Blog Ini

Muktamar PAS Mengecewakan, Perlu Parti Islam Demokrat Baharu


Dr Maszlee Malik
Demi menyelamatkan politik di negara ini, Malaysia memerlukan parti Islam demokrat yang menumpukan kepada hak rakyat dan bukannya berasaskan Melayu Islam, kata seorang ahli akademik.

Dr Maszlee Malik berkata rakyat tidak mahukan politik yang berbaur perkauman dan lebih berminat kepada politik yang ke depan dengan membincangkan isu berkaitan urus tadbir, pendidikan, perumahan dan alam sekitar, seperti yang dilakukan DAP.

"Seperti DAP contohnya, membicarakan tentang pengurusan buangan sisa pepejal, Parti Islam tidak membincangkan perkara itu. Itu kita kena ubah.

"Kalau Islam demokrat yang akan datang ini, mereka perlu keluar daripada membicarakan isu perkauman, tetapi membincangkan isu berkaitan masyarakat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Beliau berkata demikian sebagai salah seorang ahli panel pada forum "Pasca Muktamar, ke Mana Hala Tuju PAS" yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor malam tadi.

Maszlee juga mengkritik keputusan muktamar PAS baru-baru ini yang majoritinya dimenangi golongan konservatif.

Beliau mendakwa, golongan konservatif terutamanya "ustaz muda" bakal meletakkan PAS di takuk lama seperti sebelum ini.

"Mereka akan pastikan tidak ada ruang untuk PAS kembali kepada pasca 2008.

PAS akan terus menjadi konservatif," katanya sambil meramalkan kemungkinan besar parti Islam tersebut bakal menjadi seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) atau Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Beliau juga menyarankan golongan profesional PAS menubuhkan satu parti baharu sebagai jalan terbaik dan tidak menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kerana mereka akan dilihat sebagai sekumpulan yang kecundang atau "serpihan" PAS.

"Kena tubuhkan satu parti yang segar, baharu. Anak-anak muda, NGO Islam, orang Islam yang lebih Islamis dan demokrat, untuk maju ke depan.

"Dalam pilihan raya terdekat, tidak dapat kerusi pun tak apa," katanya.

Aktivis Hishamuddin Rais
Katanya, dalam masa 20 atau 30 tahun akan datang, PAS tidak lagi relevan dan masyarakat ketika itu akan memerlukan parti Islam yang lebih realistik.

"Waktu itu PAS tidak lagi relevan, Waktu itu kita perlukan parti Islamis demokrat yang lebih realistik, dan boleh beri harapan baru menuju ke depan.

"Mereka perlu ke depan, Ini bukan untuk generasi kita tapi untuk anak cucu kita," katanya dan pendapat itu turut dikongsi ahli panel lain.

Aktivis Hishamuddin Rais bersetuju dengan Maszlee, mengatakan Malaysia perlu satu parti Muslim demokrat yang tidak berasaskan perkauman kerana menganggap PAS kini "produk yang rosak".

"Pengajaran yang penting sekali daripada muktamar ini ialah Dewan Ulama meluluskan untuk putus hubungan dengan DAP.

"Tiba-tiba mereka sedar, terdapat 5,000 hingga 6,000 ahli PAS yang hidup makannya bergantung kepada kesepakatan DAP dan PKR.

"Ini bukan soal agama, tetapi soal ekonomi," katanya pada forum itu.

Ahli Panel forum Fathi Aris mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana mereka tidak memberi sumbangan kepada gabungan itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 12 Jun, 2015.

Ahli forum Fathi Aris mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana mereka tidak memberi sumbangan kepada gabungan itu.

Susulan keputusan muktamar itu, seorang lagi ahli panel forum, Fathi Aris Omar mencadangkan agar PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR).

"PAS yang ada sekarang ini bukan saja tidak meneruskan usaha reformasi, saya cadangkan supaya PAS keluar PR, kerana mereka tidak menyumbang.

"Mereka menjadi duri dan nanah dalam daging PR, Meletakkan 2 parti (DAP dan PKR) dalam dilema," kata bekas ketua pengarang portal berita Malaysiakini itu.

The Malaysian Insider

1 ulasan:

Bpk Baktiar berkata...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka [7072] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA WARSITO,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 350 JUTA , wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..







Solusi yang tepat jangan anda putus asah... KI JAYA WARSITO akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]


ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D


ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D



DAN PESUGIHAN TUYUL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.