Cari Blog Ini

Mana Janji Kerajaan Umno BN, Seribu Rumah Untuk Mangsa Banjir Kelantan ?


SUFI9246
Mana seribu rumah untuk mangsa banjir ?
DAP mengutuk sikap tidak bertanggungjawab kerajaan persekutuan yang berjanji mahu membantu mangsa banjir namun sehingga sekarang bukan saja ia belum dibina, malah tiang rumah pun belum di dirikan.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan telah membuat janji tersebut Januari lalu, namun hanya berapa kerat saja yang dipenuhi.

“Beberapa hari lagi Ramadan bakal menjelang, tapi 95 peratus rumah yang dijanjikan kerajaan persekutuan masih belum siap-siap lagi.

SUFI9838
DAP terus bantu mangsa banjir di Kelantan
“Bukan saja belum siap, kebanyakannya masih belum dibina lagi.

“Adakah penduduk kena tunggu bulan Ramadan tahun depan?” soal Anthony.

Tegasnya, berbeza dengan DAP, walau tidak mempunyai peruntukan jutaan ringgit, tapi tetap berjaya menyiapkan 60 buah rumah di Kampung Pasir Tumboh, Kelantan.

Katanya, peruntukan yang diperoleh adalah dari derma orang ramai yang prihatin terhadap nasib mangsa banjir di pedalaman Kelantan.

Pada 9 Jun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa setakat ini hanya 33 buah rumah yang berjaya disiapkan kerajaan.

Walhal, dalam semakan belanjawan baru-baru ini, kerajaan memperuntukkan lebih RM8.9 bilion bagi usaha pemulihan banjir, dengan RM500 juta diagihkan sebagai peruntukan awal pembaikan dan pemulihan serta program kebajikan bagi mangsa banjir.

Sejumlah RM800 juta lagi kononnya diperuntukkan untuk membaiki dan membina semula infrastruktur asas seperti sekolah, jalan raya, jambatan dan hospital.

- Roketkini


SUFI9600
Impian Kelantan: DAP akan bina masjid di Pasir Tumboh
Tanpa mempedulikan pelbagai tohmahan yang dilemparkan, DAP hari ini menyatakan kesediaan parti itu untuk membina sebuah masjid bagi kemudahan mangsa banjir di Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang.

Mengumumkan rancangan itu, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook berkata, pertimbangan itu dibuat selepas mereka mendengar sendiri kata-kata imam di kampung berkenaan.

Kata Anthony, orang Islam tidak perlu bimbang kerana jika dipersetujui nanti, masjid itu akan dibangunkan melalui sumbangan orang ramai.

“Tiada wang haram seperti daripada syarikat judi akan digunakan,” katanya.

Terdahulu Loke bersama Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menghadiri majlis penyerahan rumah dibina sukarelawan Gabungan Impian Kelantan untuk mangsa banjir di kawasan berkenaan.

Sebanyak 40 rumah diserahkan kepada penduduk kampung tersebut, Setiap satu rumah dibina dengan kos antara RM15,000 hingga RM20,000 setiap satu.

Setakat ini sebanyak RM350,000 sumbangan sudah digunakan untuk membina rumah mangsa banjir di Kelantan.

Pada majlis itu juga Kit Siang mengumumkan kemasukan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menjadi anggota DAP.

Anthony berkata, apabila mendengar kenyataan imam masjid, Abdul Mutalip Seman, Kit Siang mengarahkannya membuat pengumuman berkenaan bagi menyatakan kesediaan DAP membantu.

Anthony berkata kesediaan DAP membina masjid berkenaan dibuat atas dasar kemanusiaan.

Sebelum itu Abdul Mutalip berkata masjid di kampung mereka rosak teruk dalam kejadian banjir besar pada tahun lalu.

Katanya, mereka menghargai bantuan diberi Gabungan Impian Kelantan sebelum ini sehingga dapat menetap di rumah yang selesa semula.

“Cuma yang masih rosak dan belum dibaiki sekarang ini adalah masjid kami, “Kami harap DAP dan pertubuhan bukan kerajaan lain sudi membantu membangunkan masjid pula,” katanya.

- Roketkini


                               Tiada masalah DAP mahu bantu bina masjid

[mk]- Sepatutnya tidak timbul sebarang isu jika ada orang bukan Islam bercadang membina masjid, kata Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai anggota Exco Kelantan sebelum ini berkata, tidak pernah berbangkit sebarang masalah jika ada orang bukan Islam mahu memberi sumbangan kepada masjid di negeri itu.

"Kami dalam jawatankuasa masjid tahu ramai orang bukan Islam memberi sumbangan, jadi tiada masalah, Bagi kami ia bukan satu isu, Tiada masalah.

"Ia satu perkara biasa (sesiapa) mahu menyumbang kepada masjid dan badan kebajikan, Setiap orang boleh menyumbang," kata Takiyuddin ketika ditemui pemberita di kompleks parlimen.

Sabtu lalu , Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke mengumumkan rancangan parti itu untuk membina sebuah masjid di sekitar Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang Kelantan selepas mendengar permohonan imam dan penduduk di kawasan itu.

Bagaimanapun, Setiausaha Gabungan Impian Kelantan Dr Rosli Allani Abdul Kadir hari ini menjelaskan rancangan DAP itu sebenarnya cuma cadangan spontan salah seorang pemimpin mereka semasa program penyerahan rumah mangsa banjir di Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang.


                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.