Cari Blog Ini

Mana 5 Janji BN Di Teluk Intan


'Mana janji BN di Teluk Intan lepas setahun'
[mk]- Calon DAP dalam pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud mempersoal lima janji manifesto BN di kawasan itu setahun lalu yang kini dianggapnya "janji tinggal janji" dan BN masih "berdolak dalih" melaksanakannya.

Genap setahun calon BN Datuk Mah Siew Keong memenangi PRK itu hari ini, Dyana yang juga setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang berkata pelbagai tanda tanya timbul mengenai janji manifesto BN  itu kepada pengundi parlimen itu.

Dyana membangkitkan janji itu antaranya pembinaan institusi pengajian tinggi terkemuka, menara jam condong diisytihar sebagai tapak Warisan Dunia Unesco dan menjadikan parlimen itu sebagai hab pertanian moden. 

Selain itu, beliau juga bertanya mengenai perkembangan kemudahan zon wifi dan rancangan tebatan banjir di Teluk Intan dengan anggaran kos sebanyak RM360 juta.

"Penduduk dan pengundi Teluk Intan semestinya ingin mengetahui apakah status terbaru berkenaan pelbagai pelan pembangunan dan penambahbaikan yang dijanjikan.

"Saya berharap supaya manifesto itu bukan hanya janji tinggal janji dan menggesa agar ia dikotakan oleh Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong yang juga merupakan seorang menteri kanan kerajaan BN," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Mengulas mengenai pembinaan universiti, Dyana berkata penduduk masih menunggu untuk mendengar pelan terperinci pembangunannya serta manfaat yang diperolehi jika ia terlaksana.

"Sehingga kini, lot tanah yang telah dikenalpasti untuk pembinaan sebuah universiti masih belum digazetkan dan masih lagi di bawah nama sebuah syarikat tersenarai awam.

"Pelan terperinci pembangunan universiti juga masih belum diketahui.

"Sebelum ini, penekanan ke arah pendidikan melalui manifesto tersebut dikatakan bakal mengubah wajah bandar Teluk Intan," katanya.

Berkaitan menara condong, Dyana mempersoal tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengisytihar menara itu sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan pada Februari tahun lalu sedangnya tindakan yang sama dibuat oleh Tan Sri Rais Yatim selaku menteri kabinet ketika itu Mei 2012.

"Oleh itu, pengumuman oleh timbalan perdana menteri pada Februari lepas tidak menandakan usaha baru dalam mendapatkan pengiktirafan antarabangsa.

"Adakah pengisytiharan kali kedua oleh TPM itu hanya untuk memperdayakan pengundi?" kata Dyana.

Mengulas berkaitan hub pertanian pula, Dyana menjelaskan kerajaan Perak pada Disember 2014 menyatakan tiada cadangan menjadikan parlimen itu sebagai hub pertanian moden sekaligus menafikan janji BN yang dibuat Mah.

"Jadi, bagaimanakah Teluk Intan boleh dijadikan hab pertanian moden seperti yang telah dijanjikan?" soal Dyana.


                                        5 janji tak tertunai PRK Teluk Intan

Selepas genap setahun pilihan raya kecil (PRK), BN masih gagal melaksana manifesto pilihan raya yang dijanjikan kepada pengundi Teluk Intan.

Calon DAP dalam pilihan raya kecil itu, Dyana Sofya Mohd Daud berkata, penduduk dan pengundi Teluk Intan ingin tahu status terbaru pelbagai pelan pembangunan yang dijanjikan.
 
Lima janji manis BN itu adalah penambahbaikan kemudahan jalur lebar dan zon wifi, pembinaan sebuah universiti, menjadikan Teluk Intan hab pertanian moden, rancangan tebatan Banjir Teluk Intan dengan anggaran kos RM360 juta dan taraf tapak Warisan Dunia UNESCO.

“Saya berharap supaya manifesto itu bukan hanya janji tinggal janji,” kata Dyana dalam kenyataannya hari ini.

Dyana menggesa Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menjawab janji kerajaan untuk menyediakan infrastruktur asas jalur lebar di kawasan terlibat.

“Walaupun Teluk Intan disenaraikan di dalam laman TMNet sebagai zon Unifi, tinjauan mendapati perkhidmatan tersebut masih belum wujud.

“Adakah penyediaan infrastruktur tersebut telah dimulakan dan apakah usaha yang telah dilakukan untuk menepati janji ini? soalnya.

Merujuk janji pembinaan universiti, Dyana berkata sehingga kini, lot tanah yang dikatakan dikenalpasti untuk pembinaannya masih belum diwartakan dan masih di bawah nama sebuah syarikat tersenarai awam.

“Sebelum ini, penekanan ke arah pendidikan melalui manifesto tersebut dikatakan bakal mengubah wajah bandar Teluk Intan.

“Namun sampai sekarang, penduduk masih menunggu untuk mendengar pelan terperinci dan apakah manfaat kemajuan dan pembagunan yang bakal dibawa,” katanya.

Sementara itu, jawapan kerajaan Perak pada Disember 2014 menyatakan tiada cadangan menjadikan Teluk Intan sebagai hab pertanian moden, sekaligus menafikan janji calon BN yang kini menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Jadi, bagaimanakah Teluk Intan boleh dijadikan hab pertanian moden seperti yang telah dijanjikan? soal Dyana.

Menyentuh rancangan tebatan banjir bernilai RM360 juta di daerah ini, kata Dyana RM30 juta telah diluluskan untuk memulakan projek tersebut, namun garis masa secara keseluruhannya belum dibentangkan.

“Bila baki peruntukan RM330 juta akan diserahkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran?” soal Dyana.

Dalam pada itu, cadangan menjadikan menara jam condong Teluk Intan dalam manifesto PRK BN sebagai tapak Warisan Dunia UNIESCO bukan perkara baru.

Ini kerana pada Mei 2012, Datuk Seri Rais Yatim selaku Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah mengisytiharkannya sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan.

“Setahun selepas pilihan raya kecil Teluk Intan, banyak dolak-dalik telah berlaku dalam pelaksanaan manifesto Barisan Nasional,” ujar Dyana.

PRK Teluk Intan diadakan pada 31 Mei tahun lalu berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, akibat kanser.

Presiden Gerakan yang mewakili BN, Datuk Mah Siew Keong menang tipis dengan majoriti 238 undi.

- Roketkini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.