Cari Blog Ini

Maklumat Bocor, Umno BN Sembunyi Kenaikan Tol !


Kenaikan Tol: PM Kesal Maklumat Bocor
[mstar]- Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan sikap anggota Kabinet yang membocorkan maklumat berhubung isu kenaikan kadar tol seperti yang disebarkan di media sosial.

Mengakui isu berkenaan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung Jumaat, Perdana Menteri bagaimanapun berkata, sebarang maklumat berkaitan dengannya masih belum dimuktamadkan.

"Kita ada bincangkan, tapi maklumat lanjut pelaksanaan akan diputuskan dalam beberapa minggu akan datang, "Jadi apa jua kebocoran yang keluar daripada Kabinet, sebenarnya belum muktamad.

"Malangnya berlaku kebocoran di media sosial...ia sangat-sangat malang kerana ada pihak yang tidak beretika dan mereka telah mengkhianati kepercayaan sebagai anggota kerajaan," katanya di sini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn pada Jumaat malam.

Sejak petang Jumaat, dilaporkan bahawa kerajaan kini serius memikirkan langkah untuk menaikkan kadar tol sebanyak 30 peratus.

Memetik sumber Kabinet, cadangan kenaikan itu dijangka membabitkan sekurang-kurangnya 16 lebuh raya, Namun jumlah itu boleh meningkat kepada 19.

Sementara itu Najib yang juga Pengerusi BN berkata, kerajaan akan memberi penghargaan dan bantuan kepada semua pihak yang terlibat dalam kejadian gempa bumi di Ranau baru-baru ini.

Selain bantuan kepada pihak yang terjejas dari segi kerosakan harta benda, Najib berkata, kerajaan juga akan membantu malim gunung yang pendapatan mereka terjejas akibat penutupan Taman Kinabalu dalam masa tiga bulan.

"Kita juga akan beri anugerah kepada mereka yang terlibat dalam membantu mangsa-mangsa gempa bumi ini termasuk malim-malim gunung, polis, anggota bomba dan lain-lain lagi selain daripada mereka yang terkorban," katanya.


                        Sembunyi kenaikan tol satu pengkhianatan, kata PKR

Tindakan kerajaan yang didakwa cuba menyembunyikan kenaikan tol daripada pengetahuan umum dianggap sebagai satu pengkhianatan kepada kepercayaan rakyat.

Demikian kata Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin sambil menemplak kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan pihak yang membocorkan maklumat itu pula sebagai pengkhianat sedangkan kerajaan perlu telus dalam semua dasar dan polisi.

“Pihak kerajaan sudah mengkhianati rakyat kerana menyembunyikan kontrak konsesi tol selama ini.

Sehingga kini tiada sesiapa yang mengetahui kontrak-kontrak konsesi tol dan semua diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Syarat-syarat kontrak tol amat memihak kepada syarikat-syarikat tol yang kebanyakkan kroni Umno-BN.

Ini menyebabkan rakyat tertekan dengan kenaikan tol yang berulang-ulang setiap dua tahun,” katanya dalam satu keyataan, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, isu kenaikan kadar baharu tol hanya akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet dalam beberapa minggu akan datang.

Beliau menegaskan, apa juga kebocoran maklumat yang keluar dari Kabinet masih belum dimuktamadkan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kadar tol ditentukan dalam mesyuarat akan datang]

Dalam pada itu, beliau selaku Ahli Parlimen Bayan juga berkata kadar kenaikan tol didakwa mungkin berlaku pada beberapa konsesi tol dan sebahagiannya pula akan dibayar pampasan dengan menggunakan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Saya juga menjangkakan, jika kerajaan ingin menghentikan segala kenaikan tol kerana takut kepada kemarahan rakyat, kerajaan akan terpaksa menggunakan kutipan GST untuk membayar syarikat tol.

“Jika kerajaan ingin menggunakan wang GST untuk membayar syarikat tol, mereka harus “declassified” kontrak konsesi.

Biar rakyat tahu wang GST yang mereka bayar digunakan di mana dan bagaimana. Pembayar GST menuntut ketelusan dan akauntabiliti dalam penggunaan wang cukai GST,” katanya lagi.


                             Kadar tol ditentukan dalam mesyuarat akan datang

[sinar]- Isu kenaikan kadar baharu tol hanya akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet dalam beberapa minggu akan datang.
 
Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sambil menegaskan apa juga kebocoran maklumat yang keluar dari Kabinet masih belum dimuktamadkan.

"Kita ada bincangkan, tapi maklumat lanjut pelaksanaan akan diputuskan dalam beberapa minggu akan datang.

"Jadi apa jua kebocoran yang keluar daripada Kabinet, sebenarnya belum muktamad," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN, di Menara Datuk Onn, di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Najib juga melahirkan kekecewaannya apabila salah seorang anggota kerajaan telah membocorkan maklumat tersebut sambil menyifatkannya sebagai tidak beretika dan mengkhianati kepercayaan kerajaan.

"Malangnya berlaku kebocoran di media sosial...ia sangat-sangat malang kerana ada pihak yang tidak beretika dan mereka telah mengkhianati kepercayaan sebagai anggota kerajaan," katanya lagi.


                            Jangan buat spekulasi tol akan naik, kata menteri

[sinar]- Menteri Kerja Raya, Datuk Dr Fadillah Yusof menegaskan kerajaan akan meneliti implikasi kenaikan kadar tol bagi tahun 2015 selepas berbincang dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Fadillah berkata, semua pandangan ahli Kabinet akan diteliti sebelum sebarang keputusan lanjut diambil.

“Sehubungan itu juga, kementerian akan mengadakan perbincangan lanjut dengan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya berhubung isu berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi mengenai isu kenaikan harga tol sebelum pihaknya mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini.

Isu kenaikan harga tol ini timbul selepas sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa kadar tol di seluruh negara dijangka naik antara 20 sen hingga RM1 Ogos ini, jika mendapat kelulusan kabinet.

Antara kadar tol yang dijangka meningkat secara mendadak ialah Lebuhraya Besraya yang dijangka naik 70 sen, daripada RM1.30 kepada RM2.

Kadar tol Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) bakal meningkat sebanyak 60 sen, daripada RM1.60 kepada RM2.20, Lebuhraya Damansara -Punchong (LDP) akan dinaikkan 50 sen, daripada RM1.60 kepada RM2.10.

Manakala Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) serta Lebuhraya Kuala Lumpur Kuala Selangor (Latar) turut akan mengalami peningkatan sebanyak 50 sen, daripada RM2 kepada RM2.50, dan Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) naik 60 sen, daripada RM1 kepada RM1.60.

Lebuh raya lain yang bakal mengalami peningkatan drastik ialah Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (Mex), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga), Lebuhraya Kulim-Butterworth, Lebuhraya Koridor Guthrie dan Lebuhraya Pantai Timur 1.

Baca : Berita Baik Untuk Rakyat, 'Kadar Tol Lebuh Raya Mungkin Naik 30 Peratus' !

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.