Cari Blog Ini

Majlis Dialog 'Nothing2Hide' : Tiada Ancaman, Ali Tinju Saja Buat Kecoh


[mk]- Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa tidak ada sebarang ancaman keselamatan yang berlaku di majlis dialog 'Nothing2Hide" Jumaat lalu melainkan kekecohan yang dibuat oleh Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom atau dikenali sebagai Ali Tinju.

"Saya telah menonton klip video tentang apa yang berlaku.


Tidak ada ancaman kepada pihak keselamatan kecuali Ali Tinju yang membuat bising, "Sangat jelas bahawa dia (Ali) mahukan program itu dibatalkan.

Kita tahu dia memihak kepada siapa," kata bekas pemimpin negara itu di dalam blognya hari ini.

Mahathir berkata demikian sebagai merujuk kepada majlis dialog tersebut yang dijadual dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang dibatalkan oleh pihak polis atas alasan keselamatan.

Ali dilihat bertengkar dengan seorang lagi lelaki lain di luar tempat program yang itu diadakan yang dihadiri kira-kira 1,500 orang.

Pihak penganjur acara itu kemudiannya membatalkan program tersebut, Polis mengesahkan bahawa Ali telah ditangkap pada hari tersebut.

* Video 'Kecoh' Luar Dewan Tersebar

Video 'kecoh' luar dewan tersebar

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.