Cari Blog Ini

Lanjut Konsesi PLUS, Umno BN Rompak Rakyat Di Siang Hari


PLUS[kd]- Barisan Nasional (BN) melakukan rompakan di siang hari apabila melanjutkan tempoh konsesi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), kata Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming.

Menurutnya, kerajaan melanjutkan masa kepada tujuh tahun walaupun pemegang konsesi, PLUS Expressway Berhad akan menamatkan kontraknya pada 2018.

Tambah beliau, keputusan itu amat mengecewakan rakyat apabila mereka terpaksa membayar tol walaupun syarikat konsesi telahpun mendapat keuntungan RM52 bilion.

“Kerajaan telah membuat satu keputusan yang mengecewakan, di mana syarikat konsesi tersebut bakal menamatkan kontraknya dalam masa tiga tahun lagi, namun ia dilanjutkan masa untuk kaut keuntungan yang berlipat kali ganda.

“Bagi saya ini satu rompakan siang hari bagi rakyat,”

“Pembinaan lebuhraya itu hanya setakat RM6 bilion dan telah mengaut keuntungan sebanyak RM52 bilion, jadi rakyat berhak mendapat tol percuma selepas syarikat tersebut tamat kontrak pada 2018,” tegasnya dalam perbahasan dalam Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian, beliau turut mempersoalkan berapakah kos yang dibayar kerajaan kepada syarikat konsesi berkenaan.

“Lanjutan masa dan tambahan lorong dari Jalan Duta- Shah Alam-Rawang-Nilai-Seremban, berapakah jumlah kos yang terlibat dan bentuk bayaran kerajaan kepada kontraktor?, soalnya.

Justeru itu, beliau menggesa kerajaan untuk memperjelaskan secara teperinci perkara tersebut agar tidak ada kos lebihan yang terpaksa dibayar oleh rakyat nanti.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.