Cari Blog Ini

Konflik Dalaman UMNO Yang Kini Dilihat Berada Di Tahap Kronik Akan Menjadi Semakin Parah


Rombakan Kabinet: 'Jadi atau tidak, UMNO out kalau PRU hari ini' - AtoryRombakan Kabinet: 'Jadi atau tidak, UMNO out kalau PRU hari ini'

ATORY: Rombakan Kabinet: 'Jadi atau tidak, UMNO 'out' kalau PRU hari ini'

Konflik dalaman UMNO yang kini dilihat berada di tahap kronik akan menjadi semakin parah seandainya spekulasi rombakan Kabinet yang dikatakan diumum selepas Hari Raya Aidilfitri nanti benar-benar terjadi.

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, UMNO juga kini dilihat berisiko kehilangan kuasa Kerajaan seandainya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 diadakan dalam tempoh terdekat.

"Sokongan terhadap kepimpinan tertinggi negara juga dilihat semakin berkurangan termasuk rakyat yang tinggal di kawasan luar bandar.

"Kita perlu akui sokongan kepada UMNO sudah semakin pudar di kawasan bandar namun ia sudah merebak di luar bandar kini.

Kerana itu jika dibuat pilihan raya hari ini, UMNO akan kehilangan kuasa dan tampuk kerajaan yang dipegang selama ini.

"Krisis dalaman parti itu juga semakin meruncing, Selain ada dua kem di dalamnya, kepercayaan kepada pemimpin tertinggi parti juga semakin hilang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

BACA: Shahidan tolak khabar angin Muhyiddin akan disingkir, Annuar akan kembali

Atory mengulas dakwaan penulis blog politik, Shahbudin Husin bahawa kemungkinan rombakan Kabinet berlaku dan beberapa nama pemimpin tertinggi UMNO tidak tersenarai di dalamnya.

Shahbudin yang dikatakan memetik beberapa sumber berkata, kemungkinan rombakan itu disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa minggu lalu oleh pegawai-pegawai dari sebuah agensi perang saraf kerajaan.

BACA: Tiada rombakan kabinet seperti yang tersebar di media sosial - PMO

Dalam pada itu kata Atory, UMNO turut dinasihat mencari muka-muka baharu untuk menjadi pemimpin parti selain menyifatkan muka lama harus direhatkan sahaja.

BACA: Tiada siapa boleh buat telahan masa depan UMNO - Rais

"UMNO ada banyak bintang yang sudah digilap untuk menjadi pemimpin. Pertukaran ini akan menjadi penyelesai kemelut dalaman parti selain menjanjikan imej baru parti.

"Jika terus dengan kepimpinan sama seperti hari ini, UMNO akan menemui jalan buntu selain kehilangan kepercayaan rakyat," jelasnya.

BACA: Keretakan Pakatan Rakyat: 'UMNO jangan duduk goyang kaki' - Dr Najmil

Atory turut menyarankan ahli UMNO agar membuat anjakan dengan lebih menyayangi parti daripada pemimpin tertentu.

"Bukan susah hendak tukar muka baharu dalam kepimpinan parti, ketua-ketua bahagian perlu mempunyai keyakinan untuk meletakkan pemimpin pilihan mereka dan tolak muka baharu itu ke depan.

"Masalahnya sekarang, ramai yang takut kerana sayangkan periuk nasi masing-masing. Mereka sedar kepimpinan pincang tetapi takut hendak bersuara," ujarnya.

BACA: Pakatan akan perintah negara jika Najib gagal tangani isu 1MDB - Tun M

Pada PRU ke-13, jumlah kerusi yang dimenangi UMNO sebagai parti tunggal adalah sebanyak 88 kerusi.

Ia menunjukkan peningkatan dari segi jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO pada pilihan raya itu berbanding PRU-12, daripada 79 kerusi kepada 88 kerusi.

- astro awani

* Rombakan Kabinet Dijangka Lepas Aidilfitri, Kata Akhbar Pro Kerajaan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.