Cari Blog Ini

Kerjasama Dengan DAP : Tiga Sayap PAS Tidak Sepakat



Tiga cabang Pas - Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat masih berbeza pendirian mengenai hubungan parti itu dengan DAP.
  
Sekalipun golongan ulama mendominasi pemilihan parti pada Muktamar Tahunan Pas 2015 semalam, manakala golongan yang pro kepada DAP tewas teruk, dua sayap Pas - Pemuda dan Muslimat masih mahu meneruskan kerjasama bersama DAP.
  
Sebelum ini, Dewan Ulama menyatakan bahawa Pas perlu memutuskan hubungan dengan DAP.
  
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, dewan itu kekal dengan pendirian sebelum ini, ekoran tindakan DAP yang mencemuh presiden dan dasar-dasar Pas.
  
Katanya, Dewan Ulama perlu menyampaikan mesej yang sama kepada DAP yang menurutnya didominasi oleh penasihatnya, Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
  
"DAP sebelum ini telah memutuskan hubungan kerjasama dengan presiden kita (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), jadi kita merasakan Pas juga perlu memutuskan kerjasama dengan DAP," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
  
Rabu lepas, Muktamar Dewan Ulama Pas yang berlangsung di Gombak, sebulat suara meluluskan usul untuk memutuskan hubungan kerjasama politik dengan DAP, namun mengekalkan kerjasama dalam pakatan pembangkang.
  
Usul tersebut dijangka dibahaskan di Muktamar Tahunan Pas Pusat yang berlangsung di sini, sejak semalam hingga esok.
 
Menjelaskan mengenai usul itu, Dr Mahfodz berkata, ia hanya membabitkan parti DAP dan tidak bercanggah dengan kenyataan Abdul Hadi sebelum ini yang mahu mengekalkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.
  
Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz dalam sidang media yang sama, berkata dewan itu mempunyai pandangan berbeza dengan Dewan Ulama kerana Pemuda Pas mempunyai hubungan yang baik dengan Pemuda DAP dan Angkatan Muda Keadilan (AMK).
  
"Saya akan meneruskan usaha yang dilakukan oleh Suhaizan Kaiat (bekas  Ketua Pemuda Pas) dan akan berjumpa dengan Pemuda DAP dan AMK untuk berbincang lebih lanjut tentang kerjasama," katanya.
  
Ketua Muslimat Pas, Nuridah Salleh turut bersetuju dengan pandangan Nik Mohd Abduh dan akan meneruskan hubungan kerjasama dengan DAP kerana menganggap ia medan dakwah yang harus digunakan Pas.

- Bernama

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alau PAS parti berperinsip sila letak jawatan dalam kerajaan pimpinan DAP dan PR Selangor sebab dalam PAS DUP dan MSU adalah majlis tertinggi sebabnya kedua-dua majlis ini telah mengatasi suara muktamar,jadi usahlah berdolak-dalik dengan dalil yang semua pengundi ketahui kebodohan usul yang diluluskan itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.