Cari Blog Ini

Kemalangan Ngeri Di Lebuh Raya Utara-Selatan Arah Selatan Berhampiran Tol Kamunting Taiping, Perak


Dua maut, seorang cedera rempuh bas
Dua wanita maut manakala seorang remaja cedera dalam nahas membabitkan dua bas dan lima kereta di Kilometer 216.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan berhampiran Tol Kamunting
[sinar]- Dua wanita maut manakala seorang remaja cedera dalam nahas membabitkan dua bas dan lima kereta di Kilometer 216.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan berhampiran Tol Kamunting di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam, mangsa, Chiang Yut Meng, 47 dan Ooi Yi Juen, 19, maut di tempat kejadian apabila kereta Toyota Vios yang dinaiki mereka terperosok di bawah bas.

Empat kenderaan lain yang terlibat adalah Toyota Land Cruiser, Perodua Myvi, Toyota Hilux dan Honda Civic. Difahamkan pemandu dan penumpang kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap Bomba Penyelamat Perak berkata, seorang remaja dikenali sebagai Michelle Ooi Min Xian, 13, yang juga penumpang kereta Toyota Vios terbabit turut cedera dan dibawa ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

"Bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan rescue tool dan strectcher. Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak ambulan untuk terima rawatan.

"Manakala, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Menurutnya, kesemua penumpang kedua-dua bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih 5 kilometer.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.