Cari Blog Ini

Kalau Nik Aziz Masih Ada, PAS Mungkin Tak Putus Hubungan Dengan DAP


[gambar fail]
[mk]- Sekiranya bekas mursyidul PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih ada, parti Islam itu mungkin tidak akan memutuskan hubungan dengan DAP, kata bekas naib presiden, Ahmad Awang.

“(Tidak berani putus) kerana masa tu (Nik Aziz masih ada) mereka (pimpinan PAS) tidak berani dengan Nik Aziz, "Jadi bila Nik Aziz dah tiada (hubungan diputuskan),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ketika ditanya mengapa keputusan ini diambil secara terburu-buru, beliau mendakwa ia kerana golongan tersebut sudah lama menginginkan ia berlaku.

Ahmad berkata, persidangan Multaqa Dewan Ulama dua tahun lalu, turut menunjukkan tanda-tanda awal PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat apabila golongan ulama itu mengadakan perbincangan ‘perlu dikaji hubungan PAS dalam Pakatan’.

Bagaimanapun, dakwanya, selepas dikritik hebat, golongan ulama itu menukar kenyataan - dari ‘perlu dikaji kepada mahu dikaji - bagi tujuan memperbaiki hubungan dalam Pakatan.

Ahmad merupakan pencabar jawatan presiden PAS dalam pemilihan minggu lalu.

“Ada komen yang kita lihat, orang bukan Islam pun hairan adakah Islam suruh buat macam ni, berbalah, bergaduh, labelkan orang itu dan ini.

“(Orang bukan Islam kata) kami ini nak bernaung bawah Islam, adakah jadi macam ini?,” katanya, Ahmad menambah tindakan itu terlalu menyedihkan dan menyifatkan ia tidak elok dari segi konteks dakwah Islam.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Kumpulan ulamak PAS yang buta undang-undang membuat dan meluluskan usul putus kerjasama dengan DAP, yang akhirnya mereka snediri terjerit-jerit kononnnya "ia belum muktamad" lagi.(Jika U_TURN berlaku mana nak letak maruah Dewan Ulama bro) Jadi memutuskan Hubungan dengan DAP hanya satu Usul Sandiwara pada Asalnya bagi Mempengaruhi Perwakilan sebelum Pengundian.
KITA TUNGGU SAMADA " MEREKA MEMILIH RINGGIT ATAU ULAMA"

Tanpa Nama berkata...

Kalu TGNA masih ade habis dia katok org perlekeh Presiden. tapi lepas dia tiade kluar seme hantu.

Bila DAPig hina presiden dan hina parti, hina agama . kamu diam seribu bahase. bila ahli PAS bangkit, kamu mula meroyan. btoi2 HANTU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.