Cari Blog Ini

Jurus Siku Dan Lutut Makan Diri Sendiri !


Ungkapan siku, lutut untuk pertahan Pas
[sinar]- Ungkapan siku dan lutut dalam perbahasan Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-61 yang berakhir semalam tidak membawa maksud untuk memulakan serangan atau mahu menyerang secara melulu dan membabi-buta.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, sebaliknya ungkapan tersebut merujuk kepada pendirian parti itu untuk mempertahankan Pas dan Islam daripada terus diserang dan dicabar oleh mana-mana pihak.

“Lebih keji bila perkataan itu diolah dan digambarkan sebagai percubaan untuk bertindak ganas dan melampau.

Walhal jika diamati bait ucapan saya, perkataan itu digunakan secara defensif untuk mempertahankan Pas dan Islam.

“Ungkapan siku dan lutut itu tidak saya lafazkan untuk membawa maksud memulakan serangan atau menyerang secara melulu dan membabi buta, sebaliknya dengan maksud, kami siap untuk mempertahan dasar dan prinsip perjuangan Islam ini jika ia terus diasak dan dicabar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ungkapan yang digunakan Nasrudin yang juga Pengarah Pilihan Raya Dewan Ulama Pas Pusat pada hari kedua Muktamar Pas Pusat menjadi viral dan hampir semua pengamal media melaporkannya hingga dilihat seolah-olah Pas mahu melancarkan perang khususnya terhadap DAP yang seringkali menyerang kepimpinan dan parti itu.

Antara petikan ucapan Nasrudin itu berbunyi: "Saya minta sungguh-sungguh, jangan cabar kesabaran kami, Walaupun kami rata-rata pakai serban, tapi dalam jubah ada lutut dengan siku yang boleh diguna.”

Ahli Parlimen Temerloh itu juga kesal apabila kenyataannya itu diputarbelitkan pengamal media yang tidak bertanggungjawab hingga memberi tanggapan negatif di kalangan masyarakat bukan Islam.

“Tidak habis sikap suka spin kenyataan dan tidak sudah perangai suka seleweng maksud penyampaian.

Pahat-pahat tumpul masih berbunyi pasca Muktamar Pas Pusat ke-61, Perkataan popular minggu ini ialah siku dan lutut.

“Biarpun durasi ucapan saya melebihi 20 minit, tetapi yang menjadi tajuk utama sebahagian media hanyalah terhenti pada perkataan siku dan lutut,” ujarnya.

Tambah Nasrudin, beliau dan pimpinan parti itu tidak akan membiarkan jemaah dan perjuangan parti Islam itu dipersenda serta dihina.

“Ketika itu kami wajib tampil mempertahankannya, Bukan sekadar siku dan lutut, malah darah dan nyawa sedia kami taruh demi mempertahankan Islam”, katanya lagi.

Muktamar Tahunan PAS Ke-61 : Mat Sabu Menyelitkan Sindiran Tajam Kepada Golongan Pro Ulama !

                   

                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.