Cari Blog Ini

Isu Tol : Kerajaan Umno BN Tak peduli Dengan Rakyat !



Isu tol: Kerajaan macam tak peka kesusahan rakyat
[sinar]- Cadangan kerajaan untuk menaikkan kadar tol yang tersebar luas di media sosial baru-baru ini disifatkan sebagai tidak peka dengan kesusahan rakyat selepas berdepan dengan kesan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), April lalu.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohamad Fuad Othman berkata, jika kenaikan itu berlaku, ia akan menjejaskan lagi kehidupan rakyat yang kini terpaksa berdepan kenaikan harga barang.

"Saya lihat bahawa kerajaan BN ini perlu buat kajian sebelum sesuatu perkara itu dilaksanakan.

Gelisah dan rungutan rakyat kepada GST itu belum lagi reda dan kesan sebenar GST itu sudah mula nampak sekarang ini, tapi pada masa yang sama, mereka akan naikkan tol.

"Di mana selalunya tol naik, harga barang pun naik.

Jadi, kenaikan barang itu akan berganda. GST sudah kumpul berbilion-bilion ringgit, tapi apa perlu nak naikkan lagi kadar tol?

“Kerajaan seolah-olah tidak peka dengan masalah rakyat dan kerajaan rasa jika dilaksanakan juga kenaikan ini, ia tidak memberi kesan nanti.

Mungkin kerajaan ada perkiraan politiknya...jika naikkan sekarang, mungkin boleh ‘cover’ perasaan rakyat sebelum PRU akan datang.

"Ada dua, tiga tahun kerajaan nak ‘adjust’ tapi kerajaan perlu sedar bahawa tol itu orang akan guna hari-hari terutama buat rakyat yang duduk di Lembah Klang,” katanya kepada Sinar Online.

Menurutnya, tindakan demi tindakan yang dilakukan kerajaan kini menghakis sedikit demi sedikit kepercayaan rakyat terhadap pemerintah.

“Itu pun orang bocorkan (cadangan kenaikan), Kalau kita lihat, banyak kes di mana kerajaan nak buat sesuatu dibocorkan, Sebab apa?

Sebab orang dalaman itu sendiri sudah tidak larat nak bersekongkol. Isu sebelum ini, 1MDB tidak beri kesan terus kepada rakyat tapi kenaikan tol ini akan membuatkan rakyat terkesan secara langsung.

“Apa kerajaan cakap, rakyat tak percaya dah. Makin lama makin menghakis kepercayaan rakyat.

Jangan selepas ini, dia (kerajaan) marah apabila rakyat tidak menyokong kerana kerajaan sendiri yang menghakis kepercayaan rakyat itu,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata sekarang bukanlah tempoh untuk menaikkan apa-apa sahaja kadar susulan banyak lagi isu yang masih belum selesai dalam negara ini.

“Bukan masanya untuk menaikkan apa-apa sahaja sekarang ini termasuk tol memandangkan (kerajaan) masih lagi berusaha meyakinkan rakyat dalam isu yang lain.

Jadi, belum selesai satu isu, saya rasa elok kerajaan berhati-hati.

"Sesuatu yang boleh beri kesan kepada pengguna, wajar dipertimbangkan dengan teliti supaya ia tidak melahirkan kebimbangan dalam kalangan pengguna sekali gus boleh mempengaruhi persepsi terhadap kerajaan sendiri.

“Dalam keadaan sekarang, banyak perkara yang sedang berlaku, kerajaan perlu pula beri penerangan pada isu ini (tol) pula.

Ada pula nanti yang beranggapan, seolah-olah nak keluar dari satu isu itu, pergi ke satu isu yang lain.

"Saya percaya, jika satu perkara itu boleh beri kesan kepada pengguna maka ia boleh beri kesan dalam kepercayaan terhadap parti politik.

Jadi, wajar diperhalusi impak kepada pengguna sebelum dilaksanakan sesuatu perubahan atau pembaharuan,” katanya.

Bagi Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek pula menyifatkan tindakan penyebar maklumat sulit itu telah melanggar undang-undang hingga boleh menyebabkan huru-hara dalam negara.

“Pertama sekali kena jaga kerahsiaan. Benda-benda yang penting di peringkat menteri biasanya perbincangan ini adalah sulit dan rahsia.

Jadi, apabila hal ini diketahui umum, ada yang dedahkannya dan ia adalah satu kesalahan kerana kesannya amat besar kepada negara.

“Ia baru di peringkat perbincangan sebelum dibahaskan, Ia tidak boleh diberitahu kepada orang ramai kerana akan menimbulkan huru-hara, Orang akan terperanjat...tak tentu arah sedangkan perkara itu belum diputuskan lagi.

Maka akan huru-haralah negara kita, Sedangkan cadangan tol itu belum dibincangkan pun dalam Kabinet, “Apabila Kabinet dah lulus barulah Jawatankuasa Teknikal bawa ke Parlimen.

Jauh lagi perjalanannya, bukan boleh pandai-pandai naikkan harga, Menteri berkenaan perlu bentang dan kena jawab dalam Parlimen. Orang akan bantai dia, kenapa nak naik harga,” katanya.

Menurutnya, rakyat sekarang sudah bijak untuk menuntut kembali janji-janji yang ditabur kerajaan sebelum ini.

“Kita kena lihat kembali apa janji yang telah dibuat...ketetapan yang telah dibuat oleh kerajaan.

Apabila menteri kata tidak ada kenaikan sebelum ini...rakyat bukan bodoh, ahli Parlimen lain pun ramai dan pembangkang juga sensitif.

“Menteri sebelum ini kata, kerajaan terpaksa tanggung jika berlaku kenaikan, jadi, jika berlaku kenaikan kadar tol, kerajaan terpaksa tanggunglah,” katanya.

Sebuah akhbar melaporkan Kementerian Kerja Raya akan membawa cadangan kenaikan tol untuk kelulusan Kabinet hari ini, melibatkan beberapa tol di Lembah Klang termasuk Lebuhraya Kulim-Butterworth dan Lebuhraya Pantai Timur 1.

Laporan itu menyebut, kenaikan dijangka antara 20 sen dan RM1 yang berkuatkuasa Ogos ini, jika mendapat kelulusan Kabinet.

“Dilaporkan bahawa kerajaan dijangka membayar sebanyak RM558.69 juta dalam bentuk pampasan kepada syarikat konsesi jika kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tol di 20 lebuh raya tahun ini,” antara petikan laporan tersebut.


                                         Bukan masa sesuai naik kadar tol

[sinar]- Kerajaan digesa tidak menaikkan kadar tol dalam tempoh terdekat seperti yang dihebohkan dalam media sosial.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, ini kerana rakyat masih lagi terbeban dengan kenaikan harga barang susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Walaupun kerajaan belum memuktamadkan kenaikan tol, kemungkinan itu tetap ada. Jadi wajar untuk kerajaan menangguhkan hasrat jika benar mahu menaikkan kadar tol.

“Rakyat masih memperkatakan beban akibat GST dan jika berlaku satu lagi kenaikan dalam tempoh yang dekat, ia akan menimbulkan rasa kurang senang.

Melainkan jika isu itu sudah reda dan rakyat telah mula terima GST, mungkin kenaikan tol tidak akan dibantah,” katanya, semalam.

Baru-baru ini, tersebar maklumat di media sosial bahawa 16 lebuh raya akan terlibat dalam kenaikan harga tol antara 20 sen hingga RM1 pada Ogos ini jika diluluskan Kabinet.

Antara lebuh raya  yang dikatakan mengalami kenaikan kadar tol ialah Lebuhraya Besraya daripada RM1.30 kepada RM2, Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) daripada RM1.60 kepada RM2.20 dan Lebuhraya Damansara -Punchong (LDP) daripada RM1.60 kepada RM2.10.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kebocoran maklumat tersebut belum dimuktamadkan dan isu kenaikan kadar baharu tol hanya akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang.

Dalam pada itu, menurut Mohd Yusof, apa yang menjadi kebimbangan utama pengguna jalan raya ialah kadar kenaikan tol yang terlalu tinggi.

“Sesetengah lebuh raya di negara ini adalah lebuh raya terbuka. Ada yang satu laluan memiliki tiga tol.

“Jadi kalau ada kenaikan kadar tol, bebannya memang akan sangat dirasai pengguna, Lebih-lebih lagi kenaikan itu dikatakan melibatkan lebuh raya yang sering digunakan seperti NPE dan LDP,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu segera mengkaji semula tempoh syarikat konsensi tol agar kenaikan tidak dilakukan sewenang-wenangnya.


                             Tol Batu Tiga, Sg Rasau sehari dapat RM378,486

[sinar]- Sebanyak RM378,486 dikutip di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau sehari, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata jumlah tersebut membabitkan sebanyak RM228,650 di Plaza Tol Batu Tiga dan RM149,836 di Plaza Tol Sungai Rasau yang kedua-duanya terletak dalam jajaran Lebuh raya Persekutuan.

"Ini merupakan kutipan harian, Malah kadar tol di Plaza Tol Batu Tiga telah distruktur beberapa kali. Ia bertujuan memastikan kadar tol lebih rendah boleh dinikmati pengguna.

"Kadar tol di Plaza Tol Batu Tiga sepatutnya dibayar pengguna adalah RM2.40 bukannya RM1.10 tetapi ia telah diserap kerajaan," katanya ketika menjawab soalan Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) yang ingin tahu status kedua-dua tol tersebut termasuk jumlah kutipan yang sepatutnya dikutip kerajaan.

Rosnah berkata mengenai jumlah trafik harian, Plaza Tol Batu Tiga mencatatkan sebanyak 155,662 kenderaan manakala 110,978 kenderaan di Plaza Tol Sungai Rasau.

Menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) mengenai plaza tol yang perlu dihapuskan, Rosnah berkata kerajaan mengambil konsep rundingan dengan syarikat konsesi sebelum sesuatu keputusan boleh dicapai.

"Rundingan ini bukan sahaja bukan membabitkan penutupan tol tetapi juga mengambil kira semua aspek dan melihat keperluan menstruktur semula kadar bayaran tol yang memerlukan persetujuan kedua-dua pihak," katanya.

Jelas Rosnah, kerajaan sentiasa mengambil pendekatan yang boleh mengurangkan kos sara hidup rakyat dalam isu kadar tol termasuk penutupan tol, pemansuhan tol dan pengurangan kadar tol.

Baca : Maklumat Bocor, Umno BN Sembunyi Kenaikan Tol !

1 ulasan:

IBU WINDA DI GARUT berkata...

kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka 3138 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..







Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))




atau klik langsung di KLIK DSINI BOCORAN TOGEL



angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/



angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/



angka GHOIB; malaysia



angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/



angka GHOIB; laos





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.