Cari Blog Ini

Isu Pembuangan 6,000 Pekerja MAS : Menteri Umno BN Tak Cukup Peka


Isu MAS: Menteri tak cukup peka [gambar fail]
[sinar]- Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai didakwa tidak peka dengan situasi sebenar mengenai isu pembuangan 6,000 pekerja syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam), Ismail Nasaruddin berkata, Tiong Lai hanya mengambil kira dari perspektif pengurusan‎ dan bukan dari sudut pekerja dan kesatuan pekerja.

“Kami terkejut atas kenyataan beliau mengenai isu pembuangan 6,000 pekerja MAS‎.

Beliau dipetik berkata bahawa kebanyakan pekerja MAS telah menerima pakej tersebut dengan baik dan tidak ada pihak yang tidak berpuas hati kecuali Nufam,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Nufam telah mengambil kira semua masalah pekerja lain sebelum membuat kenyataan tersebut.

“Ramai pekerja ini takut hendak bersuara‎ dan mereka hanya membawa isu dan berkongsi masalah mereka dengan kami,” katanya.

Menurutnya lagi, Tiong Lai sepatutnya memanggil kedua-dua pihak untuk berunding dengan masalah yang dihadapi.

"Kami mahu beliau selesaikan masalah ini dengan segera, Kami sedia dipanggil untuk menceritakan masalah yang kami hadapi kepada beliau," katanya lagi.

Tiong Lai seperti yang dilaporkan menerusi sebuah portal online semalam berkata, Nufam tidak wajar mengugut serta melakukan mogok dalam tempoh 48 jam kerana sebahagian besar daripada hampir 6,000 kakitangan MAS yang diberhentikan menyambut baik pakej pemberhentian yang ditawarkan.

Katanya, pakej tamat perkhidmatan yang ditawarkan kepada anak kapal MAS adalah jauh lebih baik berbanding pakej sama yang ditawarkan syarikat lain.


                         Menteri tak cukup peka isu pekerja MAS, kata Nufam

[sinar]- Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai didakwa tidak peka dengan situasi sebenar mengenai isu pembuangan 6,000 pekerja syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam), Ismail Nasaruddin berkata, Tiong Lai hanya mengambil kira dari perspektif pengurusan ‎dan bukan dari sudut pekerja dan kesatuan pekerja.

“Kami terkejut atas kenyataan beliau mengenai isu pembuangan 6,000 pekerja MAS‎.

Beliau dipetik berkata bahawa pekerja MAS kebanyakan telah menerima pakej tersebut dengan baik dan tidak ada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati kecuali Nufam.

Kenyataan beliau ini telah dipetik dalam beberapa akhbar hari ini.

[ARTIKEL BERKAITN: Nufam: Tindakan MAS tidak adil]

“Kesatuan ini telah mengambil kira semua masalah pekerja-pekerja lain sebelum membuat kenyataan tersebut kerana ramai pekerja ini takut hendak bersuara‎ dan mereka hanya membawa isu dan berkongsi masalah mereka dengan kami,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, Tiong Lai sepatutnya memanggil kedua-dua pihak untuk berunding dengan masalah yang dihadapi.

"Kami mahu beliau selesaikan masalah ini dengan segera, Kami sedia dipanggil untuk menceritakan masalah yang kami hadapi kepada beliau," katanya lagi.

Tiong Lai seperti yang dilaporkan menerusi sebuah portal online semalam berkata, Nufam tidak wajar mengugut serta melakukan mogok dalam tempoh 48 jam kerana sebahagian besar kakitangan Mas yang diberhentikan menyambut baik pakej pemberhentian yang ditawarkan.

Katanya, pakej tamat perkhidmatan yang ditawarkan kepada anak kapal MAS adalah jauh lebih baik berbanding pakej sama yang ditawarkan syarikat lain.

                    

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.