Cari Blog Ini

Hilang Keyakinan Dan Kepercayaan Kepada Kepimpinan Haji Hadi Punca Pas Jelebu Keluar Parti !


Pas Jelebu keluar parti kerana hilang keyakinan
Sidang media yang diketuai oleh bekas Ketua Pemuda Pas kawasan Jelebu, Mohd Faizal Fadli Idrus, hari ini
[sinar]- Disebabkan hilang keyakinan dan kepercayaan kepada kepimpinan Pas baharu, 12 pemimpin dan ahli Pas kawasan Jelebu membuat keputusan keluar parti berkuat kuasa hari ini.

Malah, mereka menjangkakan selepas ini akan lebih ramai yang membuat keputusan sama disebabkan kecewa terutamanya dengan usul dibawa oleh Dewan Ulama baru-baru ini yang mahu memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP tanpa dibahaskan di dalam Muktamar.

Menerusi kenyataan yang dibaca oleh bekas Ketua Pemuda Pas kawasan Jelebu, Mohd Faizal Fadli Idrus, beliau berkata keputusan tersebut telah mengecewakan mereka serta semua penyokong PR.

"Keputusan ini sekaligus melenyapkan harapan rakyat untuk melihat tumbangkan rejim Umno/BN pada pilihan raya akan datang.

"Malah keputusan kepimpinan Pas pusat ini menyebabkan agenda membela rakyat yang dicanangkan selama ini semakin kabur dan hambar'"katanya.

Pemimpin lain kawasan itu yang meletakkan jawatan iaitu Pengarah Pilihan Raya Pas Jelebu, Saiful Bahru Jaaman, Setiausaha Pas Cawangan Ladang Jelebu, Maslan Mohamad Yusof dan Ketua Penerangan Pas Cawangan Geylang, Raniman A.Rani.

Sementara itu, mereka berkata keputusan keluar parti itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan ia adalah keputusan peribadi.

Malah ia bukan bermaksud mereka mengkhianati parti dan tidak berhasrat masuk Umno atau BN, "Jika kepimpinan pusat buat 'uturn' sekali pun kami tetap dengan keputusan ini kerana sudah kecewa.

"Kekecewaan ini hanya disebabkan kepimpinan pusat dan tiada kena mengena dengan kawasan Jelebu'"katanya.

                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.