Cari Blog Ini

Golongan Pro Ulama Sapu Bersih Jawatan Wanita PAS


Ketua Muslimat PAS Pusat yang baru dipilih, Nuridah Salleh (tengah) daripada kumpulan konservatif menewaskan penyandang jawatan berkenaan Siti Zailah Mohd Yusoff pada pemilihan PAS hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 3 Jun, 2015.
Kumpulan konservatif sapu bersih jawatan Wanita PAS
Penyandang Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusoff gagal mempertahankan jawatannya menentang Nuridah Salleh daripada kumpulan konservatif.

Nuridah mendapat 359 undi manakala Zailah mendapat 329 undi.

Keputusan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Asmuni Awi hampir pukul 12 malam tadi di Shah Alam.

Penyandang Timbalan Ketua Muslimat Dr Mariah Mahmud juga kalah besar dengan majoriti 140 undi apabila hanya mendapat 274 undi berbanding Dr Rosni Adam yang mendapat 414 undi.

Turut gagal mempertahankan jawatan Naib Ketua Muslimat Mumtaz Md Nawi yang mendapat 350 undi berbanding Salamiah Mohd Noor 358 undi.

Keputusan bagi sesi 2015-2017 dibuat 705 perwakilan yang layak mengundi, kata Asmuni.

Nuridah, juga dikenali Ustazah Nuridah pernah menjadi ketua muslimat pada tahun 2007 dan pernah bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan, Pahang pada 2008 namun kalah kepada calon Barisan Nasional (BN).

Beliau dalam ucapan ringkasnya menerima keputusan itu dengan tenang memandangkan pernah beberapa kali bertanding merebut jawatan sama.

"Mudah-mudahan Allah memberikan kita hati ikhlas melaksanakan gerak kerja di mana sahaja.

"Jika yakin dengan masa depan Islam dan pejuang masa depan untuk merealisasikan perintah Allah, kita akan redha semata-mata kerana Allah," katanya.

Muktamar Tahunan kali ke-55 Dewan Muslimat PAS Pusat berlangsung di Pusat Konvensyen SACC Shah Alam sejak pagi tadi, dihadiri 756 perwakilan.

- The Malaysian Insider


                                   Kepimpinan Muslimat turut bertukar tangan

[sinar]- Siti Zailah Mohd Yusoff gagal mempertahankan jawatan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat yang dipegangnya selama dua penggal selepas kalah kepada pencabarnya, Nuridah Mohd Salleh dengan perbezaan 30 undi.

Bagi Jawatan Timbalan dan Naib Ketua pula dimenangi Dr Rosni Adam dan Salamiah Mohd Noor sekali gus mengalahkan Dr Siti Mariah Mahmud dan Mumtaz Md Nawi yang turut memegang jawatan itu selama dua penggal.

Menerusi pengumuman yang dibuat  sekitar jam 12.15 malam itu menyaksikan barisan muka baru mewarnai ketiga-tiga jawatan tertinggi dalam Dewan Muslimat Pas Pusat Sesi 2015/17 pada Muktamar Tahunan kali ke 55 bertempat di SACC, di sini.

Menerusi kemenangan itu juga membuktikan golongan pro ulama, mendominasi jawatan yang dipertandingkan kali ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Asmuni Awi sebaik selesai sesi penggulungan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.