Cari Blog Ini

Gempa Bumi Sabah : Mahathir Melawat Sabah, Najib Melawat Arab Saudi


Dr M: Najib sibuk sangat nak jenguk Sabah
[mk]- Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terlalu sibuk untuk melawat Sabah yang dilanda gempa bumi.

“Dia tentu sangat sibuk, perdana menteri ada banyak acara hendak kena hadir,” Mahathir dipetik sebagai berkata.

Dalam lawatannya ke Kota Kinabalu semalam, Mahathir diminta mengulas tentang kegagalan Najib hadir ke Sabah selepas bencana alam menimpa negeri itu pada Jumaat.

Najib pada Sabtu melawat Arab Saudi dan mengerjakan umrah bersama isterinya Rosmah Mansor. Mereka dijadual pulang ke tanah air pada hari ini.

Sin Chew Daily juga melaporkan Mahathir ditanya sama ada beliau betremu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga berada di Sabah semalam.

Mahathir menjawab beliau tidak tahu perkara itu dan tiada rancangan bertemu pemimpin nombor dua itu.

Gempa bumi itu dilapor mengorbankan 18 nyawa.

Sebelum ini Najib mendapat kritikan hampir sama apabila berada di Hawaii, Amerika Syarikat ketika banjir besar melanda pantai timur.

Kemarahan lebih meluak-luak apabila akhbar antarabangsa mendedahkan beliau terlibat bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.



* Bila Negara Dilanda Musibah, Najib Tiada !

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.