Cari Blog Ini

Gempa Bumi Sabah : Dua Mayat Dibawa Turun Dari Gunung Kinabalu, 16 Pendaki Masih Hilang Di Gunung Kinabalu


16 pendaki masih hilang di Gunung Kinabalu
Pasukan penyelamat masih berusaha untuk mengesan 16 pendaki yang dilaporkan masih belum ditemui dalam kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, jumlah pendaki yang selamat tiba di Pondok Timpohon seramai 168 orang dan terakhir tiba pada jam 2.46 pagi tadi.

"Sehingga kini, seramai 16 pendaki dilaporkan belum ditemui dan usaha menjejaki mereka sedang giat dilakukan," katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

- KOSMO


Foto Bernama

Dua mayat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu berjaya dibawa turun selepas 13 jam kejadian berlaku, lapor Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah hari ini.

Mayat pertama yang dipercayai seorang jurupandu arah tiba di Timpohon Gate di kaki Gunung Kinabalu pada jam 8.25 malam tadi.

Manakala mayat kedua yang dipercayai seorang wanita tiba di Timpohon Gate pada jam 8.45 malam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, mayat kedua-dua mangsa dijangka dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

Operasi dijangka berterusan sepanjang malam ini.

astro awani

Anggota Bomba dan Penyelamat serta malim Gunung Kinabalu mengusung mayat mangsa pertama runtuhan gempa bumi dari Kilometer 6.5 Gunung Kinabalu ke Timpohon Gate pada Jumaat

                          

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.